Friday, June 3, 2011

Doa mencintai Allah



Ya Allahkurniakanlah untukku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU

Ya Allahsegala pemberianMu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu.segala yang Engkau pisahkan dariKu, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allahberikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku pada keluarga,harta,dan air dingin ketika dahaga.”

Ya Allahberikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu,para malaikat,nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh.”

Ya Allahhidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku hambaMu yang Engkau cintai.”

Ya Allahberikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku..”

Amiin….

Read more...

MaTlAmAt CiNtA......

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :




1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana Rasulullah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa atau pun hamba Allah yang derhaka?

Read more...

Wednesday, June 1, 2011

1 jun 2011 bermula sudah.....tapi 31 mei belum berakhir.......

Huh gosip je pon.....kalau diikutkan pada hari ini iaitu 1 jun maka berakhir jugakla pembelajaran dan praktikal bagi semester untuk sesi januari-jun... dan jun adalah bulan untuk bercuti... ingat 31 mei berakhir semua masalah2 yang ada pun akan berakhir bersama dengan cuti yang berlangsung..

Tapi tinggal lagi 10 hari untuk nerz pulang bercuti... sbb 9 julai baru bole balik cuti... sudah la cuti dipendekkan, dudok sini membosankan dengan kerja2 yang tiada kaitan dengan perawatan tu..tah hape2..... setakat bekerja merawat pesakit boleh ditahan ni kene pulak buat kerja yang bukan berkaitan..

Ingat kerja nerz ni senang ke? hoho..(dalam ati x mau merungut tapi ni kire nak lepas perasaan la)... ni sebab nerz kene berhadapan dengan masyarakat... almaklumlah bekerja dengan komuniti ni sampaikan orang yang berada di penjara pun nerz kene dekat, yelah manusia ni as long as still alive penyakit sentiasa dekat mendampingi kita...





Acct nerz akan adakan lawatan ke pusat latihan narkotik (PUSPEN) di Jeli kelantan... dan lawatan diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelatih nerz tentang aktiviti rawatan dan pemulihan yang terdapat kat situ...

Agaknya golongan yang terdapat di pusat tu pun dipanggil pesakit.. sebab tu kot nerz kene ke sana.. kalu x tak akn diletakkan aktiviti nerz dipusat tu kan...... (sedapkan hati je wlpun x rela cuti kene potong)

So... juz wait n see what will happend on this 6-9 jun...course all d xtvt will be held on dat date... sebab tu lah nerz kene balik cuti lambat...

Lepas tu ada pulak arahan supaya nerz datang awal untuk sem akan datang iaitu pada 29 jun untuk sesi julai-disember...... kenape pelajar lain datang 2 julai? (ala-ala x adil) semua ni gara-gara nerz dah bergelar super duper senior kene sambut pelatih semester satu bagi group 2/2011... pewaris la ni kiranye...

maka berakhir sudah cerita kenapa nerz punye cuti kene potong.... (menyampah)...


Read more...

Wednesday, April 13, 2011

Kanser prostat

Definisi
Kanser prostat adalah satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan sel-sel prostat yang abnormal di kelenjar prostat, membiak dwngan banyakan untuk melawan kanser prostat dan tidak terkawal.





Etiologi
1) Tidak diketahui atau idopatik

2) Factor genetic
-lelaki yang mempunyaai sejarah keluarga mengalami kanser prosatat adalah berisiko

3) Factor hormone
-perubahan hormone ada kaitan dengan peningkatan umur, dimana hormone aldosteron menurun dan hormone androgen serta estrsadiol tinggi.

4) Diet
-sayuran hijau, kuning dan tomato member kesan perlindung an untuk melawan kanser prostat
-makanan tinggi lemak mengubah metabolism kolesterol dan steroid yang meningkatkan risiko kejadian kanser.

5) Pendedahan bahan karsinogenik
-keadaan pekerjaan dan suasana yang terdedah kepada karsinogen seperti lead, cadmium mungkin menyebabkan peningkaatan risiko kejadian kanser prostat.

6) Infeksi
-jangkitan virus boleh menyebabkan kejadian kanser prostat. Contohnya infeksi gonorrhea.




Patofisiologi

1)Prostat kanser adalah adenocarcinoma atau bermula bila sel kelenjar prostat yang normal mutasi pada sel kanser

2)Kawasan pada kelenjar prostat dimana adenocarcimoma selalunya terjadi adalah peripheral zone

3)Pada mulanya, hanya sel kanser yang kecil setempat dan kelenjar prostat masih dalam keadaan normal ini dipangggil carcinoma in situ / prostatic intraepithelial neoplasia (PIN).

4)Dari masa ke semasa, sel kanser inin akan menular ke kawasan sekeliling tisu kelenjar prostat membentuk tumor.

5)Tumor ini akan membesar dan menyerang organ sekeliling seperti seminal vesicles / rectum / sel tumor ini berkembang dan masuk ke peredaran darah dan system limpatik

6)Prostat kanser adalah malignant tumor kerana ia adalah satu kelompok sel yang boleh meynerang organ badan lain

7)Metastasis ke Tulang, lymph nodes, rectum, dan bladder

Normal prostat

Inflamed prostat

Enlarged prostat









Klasifikasi tumor
Peringkat tumor dikenalpasti menggunakan TNM (tumor / nodes / metastasis)
Komponennya adalah saiz tumor, bilangan tumor, yang melibatkan lymph nodes dan kehadiran metastasis pada organ lain.


Symptom dan tanda-tanda
Pada awalnya prostat kanser tidak mnunjukkan dsimptom

Kadangkala terdapat symptom sama seperti benign prostatic hyperplasia (BPH) seperti frequent urination, nocturia, kesukaran memulakan dan mengekalkan kada pancutan urin, haematuria dan dysuria.

Msaalah dalam erection / sakit semasa ejakulasi

Metastasis akan menunjukkan:
-bone pain-vertebrae, pelvis / ribs
-prostat canser pada spinemenekan spinal cord, menyebabkan lkaki lemah dan incontinence urin dan faecal

Diagnosis
-Prostat biopsy.

-Gleason score-semakintinggi score semakin positif keputusan kanser.



-Tumor markers (sampel tisu)- prostst specific antigen (PSA) meningkat jika ada sel kanser pada prostat.

-Ultrasound dilakukan secara transrectal untuk menilai saiz dan bentuk prostat, loksai tumor samada dalam kaplusul prostat atau sebaliknya.

-Ct scan
• pemeriksaan ini tidak dapat membezakan antaar kanser dan BPH
• Ia amat berguna untuk menilai tumor yang besar
• Magnetic resonance image
• Untuk menilai rebakan tumor dari tempat asal


Pemeriksaan rutin

Pemeriksaan rectum
-pemeriksaan rectum dicadangkan supaya dilakukan kepada lelaki kalangan umur 40tahun ke atas.
-doktor akan rasa nodul yang keras teruama di bahagian posterior prostat.
-pemeriksaan perlu dilakukan bagi pesakit yang ada sejl arah pengaliran urin berterusan dan jika ada darah serta ,ena galami BPH atau telah menjalani pembedahan subtotal prostatectomy



Pengurusan

Terapi radiasi

1)radiasi interstitial-
-fungsinya untuk mengawal tumor setempat dari merebak
radioaktif metal seperti iodine biasa digunakan untuk memusnahklan tumor secxcara langsung.
-caranya dengan melakukan lymphadenectomy di bahagian pelvic dan menanam iodine ke dalam prostat dengan menggunakan jarum. Dos radiasi adalah efektif dan jangka hayat panjang (hingga 1 tahun)
-paras radiasi ini akan menurun jadi tisu normal dapat dilindungi
-komplikasi –thromphlrbitis, edema, retensi urin

2)kombinasi interstitial dan eksternal ‘beam’ radiasi
-Rawatan ini melibatkan penanaman emas ke dalam prosatat, diikuti debgan external beam
-Keadaan ini digunakn kepoada pesakit peringkat 1,2,dan 3
-Emas mempunyai tenaga yang lebih tinggi dari iodine dan jangka hayat yang pendek.
-Keberkesanan dos ini berlaku dalam beberapa minggu diikuti oelh ‘external beam’ dengan sepenuhnya di bahagian pelvik untuk beberapa minggu lagi.
-Penanaman emwas itu sendiri akan memusnahkan tisu prstat di sekelilingnya
-Komplikasi-edema [ada penis. Dan anggota bawah, cystitis dan uretethritis.

3)’external - beam’ mengvoltage radiasi
-Rawatan ini digunakan apabila tumor terjadi hanya di prostat dan sekeliling tisunya sahaja
-Biasanya dos yang digunakan adalh 6500-7000 rads 175-200 rads sekali sehari
-Keberkesanan ra watan adalah bergantung kepada saiz dan peringkat tumor.


Terapi hormone

1)pemberian androgen blocker
-flutamide (Eulexin) diberi secara oral
-tindakan ubat untuk menghalang tindakan atau sekresi hormone androgen tanpa member kesan sampingan kepaada hormone estrogen
-finasteride (Proscar) untuk rawatan kanser prostat

2)pemberian estrogen
-Diethylstilbestrol disyorkan
-tindakan ubat untuk suppress pengeluaran pituitary gonadotropin dan menurunkan paras serumtestosterone
-kesan sampinagn-gynecomastia

3)nonendocrine chemotherapy
-kemoterrapi boleh diberi asecara sendirian atau kombinasi
-tujuan untuk merawat atau kadang-kadang menstabilkan penyakit
-Contoh ubat
o cyclophosphanamide (cytoxan)
o 5-fluoracil (fluororacil)
o Doxorubicin hydrochloride (adriamycin)
o mitomycin (mutamycin)


Rawatan surgical
1)Transurethral retropubic prostatectomy (TURP) dilakukan untuk kanser peringkat 1 untuk melegakan kesekatan penyakit di masa akan dating

2)TURP dilakukan untuk mengekalkan saluran urethra

3)Rawatan surgical lain ialah radikal prostatectomy melalui perineal atau retropubic

4)Pembedahan secara radikal melibatkan pembuangan keseluruhan kelenjar prostat, kapsul luar, seminal vesikel, sebahagian vas deferens dan bahagian leher pundi kencing


Komplikasi
1)Metastasis ke organ lain seperti pulmonary, hepar dan tulang
2)Urethral obstruction

Read more...

Tuesday, April 12, 2011

oh pesakitku.......


Pernah nerz tanye kawan - kawan nerz yang lain "kenape kite still rawat patiens hiv aids? " pastu dorang bagi jawapan yang sangat manis, "sebab dia pesakit kita".... pastu nerz wat muke bluuur....

Sebab dia pon hamba Allah, dia sedang sakit sebab penyakit tu datang dari Allah.... jadi bila Allah dah bagi dia penyakit tu kat dia ape yang layak dia lakukan ialah TERIMA dan Allah dah bagi kita tugasan untuk merawat mereka jadi kite kene la rawat mereka ni....... dalam nada geram....walaupun penyakit tu dorang yang cari SENDIRIK.... diulang sekali lagi CARIK SENDIRIK....

Bila tengok dorang terlantar ngan wayar berselirat tu hanya mak dorang la yang dok teman, dok tnggu, menjaga dorang yang tak tau bila ajal datang memanggil..sape lagi yang sanggup nak tunggu dorang ni... kasih seorang ibu..si ibu jugak la yang dok tidur melengkor kat atas lantai bila malam yang sejuk menjelma... nerz pandang mak patien tu pun rase macam kesian sangat... kalu nak tunggu ahli keluarga datang melawat jangan harap la... family sendiri dah buang dorang ni... kalu nak tunggu saudara jauh ngan jiran datang malawat jangan harap la....

Dan macam semua orang tau jugak, stigma orang kampung pasal pesakit aids ni dorang ingat manusia macam ni menyusahkan dan dorang bimbang penyakit yang dikatakan tiada ubat ni boleh menjangkiti mereka.. bukan setakat orang kampung je orang bandar yang kurang berpelajaran dan cetek ilmu jugak berpandangan sempit dan tak terima mereka dalam kehidupan dunia ni..kalu dah tau somebody got dis, semua nak menjauh... sedangkan kalau kita tahu dan pandai menggunakan cara yang betul semasa berdepan dan merawat kita takkan senang-senang dijangkiti.. insyaAllah jika niat kita betul dan nak membantu sesama manusia Allah pun akan memudahkan kerja kita... kita bantu orang pun dah dikira untuk bekalan di akhirat sana...

Memang panyakit tu kebanyakan ada pada mereka yang memang melakukan kesalahan besar kalau tak disebabkan dadah semasa perkongsian jarum suntikan misti disebabkan seks rambang... dah memang nafsu dan keseronokan melebihi dari tahapnye... ape kite nak kate.. (buat-buat bolle trime)...

Sampaikan ada jugak doktor perli patien tu doktor cakap kat studen dokter la... "if u all x tau mane nak cari vena untuk amek blood u can ask them...sebab dorang ni IVDU(Intravena drug user)" nerz curi-curi dengar la... walla naseb bek patien tu dalam keadaan koma.. kalu x mau kene sapak ngan patien tu sebab perli dorang..paling kurang pon kasi blood dorang masok dalam body doktor tu... huuahua..


Nerz takde nak memihak pada mereka yer...the thing is.. nerz juz cube nak memahami dan sedang belajar untuk lebih memahami keadaan mereka... but who are we?.. as a human being we juz cant give them punishmen.... kadang-kadang timbul jugak rase tak puas hati, memang tak puas hati sangat-sangat.. sape cakap kite puas hati? maklum la segala tindakan perawatan dorang ni kerajaan yang support n where is all d money come from?.. of course la duit rakyat..mane duit rakyat tu datang? pikir la sendirik...

Ada jugak some pesakit yang dah bertaubat tapi sekali dah kene dah tak boleh nak patah balik... sama la ibarat golongan yang merokok... bila perokok dah dapt larynx cancer boleh ke patah balik? tak boleh kan.. sebab bila canser tu dah jadi malignant it can metastasis to another part of our body.. so.. nak buat macamane kalau dah jadi camni? so...to those yang smoking tu faham-faham sendiri la... ini satu peringatan buat anda....

Cuba bayangkan kami ni first line person cuba nak membantu mereka berjuang untuk hidup wlaupun dalam keadaan yang amat susah... kene menyabarkan diri setiap mase la..
Kaposi's sarcoma pada kulit pesakit aids....

Oral thrush pada mulut pesakit aids....



Read more...

Sunday, April 10, 2011

nak lari keluar dari bumi.........


Bile nerz mula berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik misti x menjadi... kenape yerk? misti makin teruk.... makin menjadi-jadi pun ade...

Sebab tu agaknya ada pepatah kata makin banyak belajar makin banyak yang kita tak tau... eh ada kaitan ke? same la gak kan ngan kalau makin kita nak rapat ngan seseorang makin jauh dia... eh same ke? lebey kureng la kan.... makin kite tanak wat kesalahan makin banyk pulak yang kita terwat salah.....



Kenape nerz rase dunia ni macam da betul2 terbalik dari kehendak nerz.. nerz ni terlalu memikirkan kesempurnaan ke? kate orang takdir yang Allah tetapkan walaupun tidak memenuhi kehedak kita namun itu adalah yang terbaik untuk kita. bcos He knows d best.. tapi kalau kita inginkan yang terbaik takkan menjadi kesalahan kot....

Kadang-kadang tak paham jugak ngan cabaran n dugaan dunia yang serba mencabar ni.... rase macam nak lari keluar dari dunia ni je... nak lari mane ye??? kalu keluar dari dunia ni entah planet mane yang boleh trime nerz gamaknye....

Bunyinye ni macam da give up sangat2 tapi nilah hakikat perasaan nerz sekarang... sape nak pujuk nerz ni?

Read more...