Friday, June 3, 2011

Doa mencintai Allah



Ya Allahkurniakanlah untukku cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU

Ya Allahsegala pemberianMu yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMu.segala yang Engkau pisahkan dariKu, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMu dalam diriku

Ya Allahberikanlah kekuatan untuk mengutamakan cintaMu berbanding cintaku pada keluarga,harta,dan air dingin ketika dahaga.”

Ya Allahberikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu,para malaikat,nabi-nabiMu dan hamba-hambaMu yang soleh.”

Ya Allahhidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku hambaMu yang Engkau cintai.”

Ya Allahberikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam setiap usahaku..”

Amiin….

Read more...

MaTlAmAt CiNtA......

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :




1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan


Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana Rasulullah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan Allah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa atau pun hamba Allah yang derhaka?

Read more...

Wednesday, June 1, 2011

1 jun 2011 bermula sudah.....tapi 31 mei belum berakhir.......

Huh gosip je pon.....kalau diikutkan pada hari ini iaitu 1 jun maka berakhir jugakla pembelajaran dan praktikal bagi semester untuk sesi januari-jun... dan jun adalah bulan untuk bercuti... ingat 31 mei berakhir semua masalah2 yang ada pun akan berakhir bersama dengan cuti yang berlangsung..

Tapi tinggal lagi 10 hari untuk nerz pulang bercuti... sbb 9 julai baru bole balik cuti... sudah la cuti dipendekkan, dudok sini membosankan dengan kerja2 yang tiada kaitan dengan perawatan tu..tah hape2..... setakat bekerja merawat pesakit boleh ditahan ni kene pulak buat kerja yang bukan berkaitan..

Ingat kerja nerz ni senang ke? hoho..(dalam ati x mau merungut tapi ni kire nak lepas perasaan la)... ni sebab nerz kene berhadapan dengan masyarakat... almaklumlah bekerja dengan komuniti ni sampaikan orang yang berada di penjara pun nerz kene dekat, yelah manusia ni as long as still alive penyakit sentiasa dekat mendampingi kita...





Acct nerz akan adakan lawatan ke pusat latihan narkotik (PUSPEN) di Jeli kelantan... dan lawatan diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelatih nerz tentang aktiviti rawatan dan pemulihan yang terdapat kat situ...

Agaknya golongan yang terdapat di pusat tu pun dipanggil pesakit.. sebab tu kot nerz kene ke sana.. kalu x tak akn diletakkan aktiviti nerz dipusat tu kan...... (sedapkan hati je wlpun x rela cuti kene potong)

So... juz wait n see what will happend on this 6-9 jun...course all d xtvt will be held on dat date... sebab tu lah nerz kene balik cuti lambat...

Lepas tu ada pulak arahan supaya nerz datang awal untuk sem akan datang iaitu pada 29 jun untuk sesi julai-disember...... kenape pelajar lain datang 2 julai? (ala-ala x adil) semua ni gara-gara nerz dah bergelar super duper senior kene sambut pelatih semester satu bagi group 2/2011... pewaris la ni kiranye...

maka berakhir sudah cerita kenapa nerz punye cuti kene potong.... (menyampah)...


Read more...

Wednesday, April 13, 2011

Kanser prostat

Definisi
Kanser prostat adalah satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan sel-sel prostat yang abnormal di kelenjar prostat, membiak dwngan banyakan untuk melawan kanser prostat dan tidak terkawal.





Etiologi
1) Tidak diketahui atau idopatik

2) Factor genetic
-lelaki yang mempunyaai sejarah keluarga mengalami kanser prosatat adalah berisiko

3) Factor hormone
-perubahan hormone ada kaitan dengan peningkatan umur, dimana hormone aldosteron menurun dan hormone androgen serta estrsadiol tinggi.

4) Diet
-sayuran hijau, kuning dan tomato member kesan perlindung an untuk melawan kanser prostat
-makanan tinggi lemak mengubah metabolism kolesterol dan steroid yang meningkatkan risiko kejadian kanser.

5) Pendedahan bahan karsinogenik
-keadaan pekerjaan dan suasana yang terdedah kepada karsinogen seperti lead, cadmium mungkin menyebabkan peningkaatan risiko kejadian kanser prostat.

6) Infeksi
-jangkitan virus boleh menyebabkan kejadian kanser prostat. Contohnya infeksi gonorrhea.




Patofisiologi

1)Prostat kanser adalah adenocarcinoma atau bermula bila sel kelenjar prostat yang normal mutasi pada sel kanser

2)Kawasan pada kelenjar prostat dimana adenocarcimoma selalunya terjadi adalah peripheral zone

3)Pada mulanya, hanya sel kanser yang kecil setempat dan kelenjar prostat masih dalam keadaan normal ini dipangggil carcinoma in situ / prostatic intraepithelial neoplasia (PIN).

4)Dari masa ke semasa, sel kanser inin akan menular ke kawasan sekeliling tisu kelenjar prostat membentuk tumor.

5)Tumor ini akan membesar dan menyerang organ sekeliling seperti seminal vesicles / rectum / sel tumor ini berkembang dan masuk ke peredaran darah dan system limpatik

6)Prostat kanser adalah malignant tumor kerana ia adalah satu kelompok sel yang boleh meynerang organ badan lain

7)Metastasis ke Tulang, lymph nodes, rectum, dan bladder

Normal prostat

Inflamed prostat

Enlarged prostat









Klasifikasi tumor
Peringkat tumor dikenalpasti menggunakan TNM (tumor / nodes / metastasis)
Komponennya adalah saiz tumor, bilangan tumor, yang melibatkan lymph nodes dan kehadiran metastasis pada organ lain.


Symptom dan tanda-tanda
Pada awalnya prostat kanser tidak mnunjukkan dsimptom

Kadangkala terdapat symptom sama seperti benign prostatic hyperplasia (BPH) seperti frequent urination, nocturia, kesukaran memulakan dan mengekalkan kada pancutan urin, haematuria dan dysuria.

Msaalah dalam erection / sakit semasa ejakulasi

Metastasis akan menunjukkan:
-bone pain-vertebrae, pelvis / ribs
-prostat canser pada spinemenekan spinal cord, menyebabkan lkaki lemah dan incontinence urin dan faecal

Diagnosis
-Prostat biopsy.

-Gleason score-semakintinggi score semakin positif keputusan kanser.



-Tumor markers (sampel tisu)- prostst specific antigen (PSA) meningkat jika ada sel kanser pada prostat.

-Ultrasound dilakukan secara transrectal untuk menilai saiz dan bentuk prostat, loksai tumor samada dalam kaplusul prostat atau sebaliknya.

-Ct scan
• pemeriksaan ini tidak dapat membezakan antaar kanser dan BPH
• Ia amat berguna untuk menilai tumor yang besar
• Magnetic resonance image
• Untuk menilai rebakan tumor dari tempat asal


Pemeriksaan rutin

Pemeriksaan rectum
-pemeriksaan rectum dicadangkan supaya dilakukan kepada lelaki kalangan umur 40tahun ke atas.
-doktor akan rasa nodul yang keras teruama di bahagian posterior prostat.
-pemeriksaan perlu dilakukan bagi pesakit yang ada sejl arah pengaliran urin berterusan dan jika ada darah serta ,ena galami BPH atau telah menjalani pembedahan subtotal prostatectomy



Pengurusan

Terapi radiasi

1)radiasi interstitial-
-fungsinya untuk mengawal tumor setempat dari merebak
radioaktif metal seperti iodine biasa digunakan untuk memusnahklan tumor secxcara langsung.
-caranya dengan melakukan lymphadenectomy di bahagian pelvic dan menanam iodine ke dalam prostat dengan menggunakan jarum. Dos radiasi adalah efektif dan jangka hayat panjang (hingga 1 tahun)
-paras radiasi ini akan menurun jadi tisu normal dapat dilindungi
-komplikasi –thromphlrbitis, edema, retensi urin

2)kombinasi interstitial dan eksternal ‘beam’ radiasi
-Rawatan ini melibatkan penanaman emas ke dalam prosatat, diikuti debgan external beam
-Keadaan ini digunakn kepoada pesakit peringkat 1,2,dan 3
-Emas mempunyai tenaga yang lebih tinggi dari iodine dan jangka hayat yang pendek.
-Keberkesanan dos ini berlaku dalam beberapa minggu diikuti oelh ‘external beam’ dengan sepenuhnya di bahagian pelvik untuk beberapa minggu lagi.
-Penanaman emwas itu sendiri akan memusnahkan tisu prstat di sekelilingnya
-Komplikasi-edema [ada penis. Dan anggota bawah, cystitis dan uretethritis.

3)’external - beam’ mengvoltage radiasi
-Rawatan ini digunakan apabila tumor terjadi hanya di prostat dan sekeliling tisunya sahaja
-Biasanya dos yang digunakan adalh 6500-7000 rads 175-200 rads sekali sehari
-Keberkesanan ra watan adalah bergantung kepada saiz dan peringkat tumor.


Terapi hormone

1)pemberian androgen blocker
-flutamide (Eulexin) diberi secara oral
-tindakan ubat untuk menghalang tindakan atau sekresi hormone androgen tanpa member kesan sampingan kepaada hormone estrogen
-finasteride (Proscar) untuk rawatan kanser prostat

2)pemberian estrogen
-Diethylstilbestrol disyorkan
-tindakan ubat untuk suppress pengeluaran pituitary gonadotropin dan menurunkan paras serumtestosterone
-kesan sampinagn-gynecomastia

3)nonendocrine chemotherapy
-kemoterrapi boleh diberi asecara sendirian atau kombinasi
-tujuan untuk merawat atau kadang-kadang menstabilkan penyakit
-Contoh ubat
o cyclophosphanamide (cytoxan)
o 5-fluoracil (fluororacil)
o Doxorubicin hydrochloride (adriamycin)
o mitomycin (mutamycin)


Rawatan surgical
1)Transurethral retropubic prostatectomy (TURP) dilakukan untuk kanser peringkat 1 untuk melegakan kesekatan penyakit di masa akan dating

2)TURP dilakukan untuk mengekalkan saluran urethra

3)Rawatan surgical lain ialah radikal prostatectomy melalui perineal atau retropubic

4)Pembedahan secara radikal melibatkan pembuangan keseluruhan kelenjar prostat, kapsul luar, seminal vesikel, sebahagian vas deferens dan bahagian leher pundi kencing


Komplikasi
1)Metastasis ke organ lain seperti pulmonary, hepar dan tulang
2)Urethral obstruction

Read more...

Tuesday, April 12, 2011

oh pesakitku.......


Pernah nerz tanye kawan - kawan nerz yang lain "kenape kite still rawat patiens hiv aids? " pastu dorang bagi jawapan yang sangat manis, "sebab dia pesakit kita".... pastu nerz wat muke bluuur....

Sebab dia pon hamba Allah, dia sedang sakit sebab penyakit tu datang dari Allah.... jadi bila Allah dah bagi dia penyakit tu kat dia ape yang layak dia lakukan ialah TERIMA dan Allah dah bagi kita tugasan untuk merawat mereka jadi kite kene la rawat mereka ni....... dalam nada geram....walaupun penyakit tu dorang yang cari SENDIRIK.... diulang sekali lagi CARIK SENDIRIK....

Bila tengok dorang terlantar ngan wayar berselirat tu hanya mak dorang la yang dok teman, dok tnggu, menjaga dorang yang tak tau bila ajal datang memanggil..sape lagi yang sanggup nak tunggu dorang ni... kasih seorang ibu..si ibu jugak la yang dok tidur melengkor kat atas lantai bila malam yang sejuk menjelma... nerz pandang mak patien tu pun rase macam kesian sangat... kalu nak tunggu ahli keluarga datang melawat jangan harap la... family sendiri dah buang dorang ni... kalu nak tunggu saudara jauh ngan jiran datang malawat jangan harap la....

Dan macam semua orang tau jugak, stigma orang kampung pasal pesakit aids ni dorang ingat manusia macam ni menyusahkan dan dorang bimbang penyakit yang dikatakan tiada ubat ni boleh menjangkiti mereka.. bukan setakat orang kampung je orang bandar yang kurang berpelajaran dan cetek ilmu jugak berpandangan sempit dan tak terima mereka dalam kehidupan dunia ni..kalu dah tau somebody got dis, semua nak menjauh... sedangkan kalau kita tahu dan pandai menggunakan cara yang betul semasa berdepan dan merawat kita takkan senang-senang dijangkiti.. insyaAllah jika niat kita betul dan nak membantu sesama manusia Allah pun akan memudahkan kerja kita... kita bantu orang pun dah dikira untuk bekalan di akhirat sana...

Memang panyakit tu kebanyakan ada pada mereka yang memang melakukan kesalahan besar kalau tak disebabkan dadah semasa perkongsian jarum suntikan misti disebabkan seks rambang... dah memang nafsu dan keseronokan melebihi dari tahapnye... ape kite nak kate.. (buat-buat bolle trime)...

Sampaikan ada jugak doktor perli patien tu doktor cakap kat studen dokter la... "if u all x tau mane nak cari vena untuk amek blood u can ask them...sebab dorang ni IVDU(Intravena drug user)" nerz curi-curi dengar la... walla naseb bek patien tu dalam keadaan koma.. kalu x mau kene sapak ngan patien tu sebab perli dorang..paling kurang pon kasi blood dorang masok dalam body doktor tu... huuahua..


Nerz takde nak memihak pada mereka yer...the thing is.. nerz juz cube nak memahami dan sedang belajar untuk lebih memahami keadaan mereka... but who are we?.. as a human being we juz cant give them punishmen.... kadang-kadang timbul jugak rase tak puas hati, memang tak puas hati sangat-sangat.. sape cakap kite puas hati? maklum la segala tindakan perawatan dorang ni kerajaan yang support n where is all d money come from?.. of course la duit rakyat..mane duit rakyat tu datang? pikir la sendirik...

Ada jugak some pesakit yang dah bertaubat tapi sekali dah kene dah tak boleh nak patah balik... sama la ibarat golongan yang merokok... bila perokok dah dapt larynx cancer boleh ke patah balik? tak boleh kan.. sebab bila canser tu dah jadi malignant it can metastasis to another part of our body.. so.. nak buat macamane kalau dah jadi camni? so...to those yang smoking tu faham-faham sendiri la... ini satu peringatan buat anda....

Cuba bayangkan kami ni first line person cuba nak membantu mereka berjuang untuk hidup wlaupun dalam keadaan yang amat susah... kene menyabarkan diri setiap mase la..
Kaposi's sarcoma pada kulit pesakit aids....

Oral thrush pada mulut pesakit aids....



Read more...

Sunday, April 10, 2011

nak lari keluar dari bumi.........


Bile nerz mula berazam untuk menjadi manusia yang lebih baik misti x menjadi... kenape yerk? misti makin teruk.... makin menjadi-jadi pun ade...

Sebab tu agaknya ada pepatah kata makin banyak belajar makin banyak yang kita tak tau... eh ada kaitan ke? same la gak kan ngan kalau makin kita nak rapat ngan seseorang makin jauh dia... eh same ke? lebey kureng la kan.... makin kite tanak wat kesalahan makin banyk pulak yang kita terwat salah.....



Kenape nerz rase dunia ni macam da betul2 terbalik dari kehendak nerz.. nerz ni terlalu memikirkan kesempurnaan ke? kate orang takdir yang Allah tetapkan walaupun tidak memenuhi kehedak kita namun itu adalah yang terbaik untuk kita. bcos He knows d best.. tapi kalau kita inginkan yang terbaik takkan menjadi kesalahan kot....

Kadang-kadang tak paham jugak ngan cabaran n dugaan dunia yang serba mencabar ni.... rase macam nak lari keluar dari dunia ni je... nak lari mane ye??? kalu keluar dari dunia ni entah planet mane yang boleh trime nerz gamaknye....

Bunyinye ni macam da give up sangat2 tapi nilah hakikat perasaan nerz sekarang... sape nak pujuk nerz ni?

Read more...

Sunday, March 27, 2011

Kepentingan menjaga solat

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang  (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesunggguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?"

demikianlah keadaanya yang lain.......



Read more...

Saturday, March 26, 2011

hemorrhoid @ buasir

Definisi:
Terdapat pengembangan vena vericose atau mass vascular di bahagian bawah rectum / anorectal akibat kesesakan di varices plexus veian....

Etiologi:
-sembelit yang kronik
-tekanan tinggi akibat kehamilan
-tabiat suka meneran semasa membuang najis-menyebabkan kelemahan tonus otot di levator ani dan mengakibatkan ganguan peristalsisdan expulsive power
-angkaT berat
-berdiri lama
-kurang hormon progesteron
-fibroid dan ovarian cyst- tekanan pada vena rectum dan anus




Jennis-jenis hemorrhoid

1)external hemorrhoid
-melibatkan bahagian inferior hemorrhoidal plexus di bahagian bawah mucocutaneous junction
-pendarahan jarang berlaku
-iritasi pada anal dan terasa seperti ada tekanan
-apabila ia membesar, hemorrhoid akan prolapse melalui anus

11)internal hemorrhoid
-berlaku akibat dari kurang valves dalam veins di superior hemorrhoidal plexus
-melibatkan bahagian venous plexus di atas mucotaneous function di anus
-tidak menyakitkan tetapi pendarahan berlaku
-darah merah terang dan tidak bercapur najis
-pendarahan tidak tetap, kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak
-boleh menyebabkan anaemia

Manifestasi klinikal
-tidak puas semasa membuang najis
-pendarahan semasa memnbuang najis
-kesakitan semasa membuang najis dan selepas pembuanagan najis disebbkan vena yang membengkan dan kongesi darah

1)manifestasi klinikal external hemorrhoid
-mass kebiruan menonjiol di anus
-sakit rectl yang mengejut disebabkan thrombosis venous

11)manifestasi klinikal internal hemorrhoid
-pendarahan disebabkan rupture vein fresh blood terdapat pada faecal
-pendarahan lebih menyebabkan anaemia-
-prolapse hemorrhoid, prolapse teruk menyebabkan strangulation oleh otot-otot spincter luar dubur menyebabkan ganggere vena
-sembelit menyebabkan pesakit takut untuk membuanga
-anus priuritis-akibat hemorrhoid yang thrombosis dan terdapat keluaran disxcaj
-pesakit memberitahu sejarah prolapse berlaku di anus

Surgical treatment

-ligation with rubber banding
jenis internal haemorrhoid
mencerut selama 8-10 hari dan tertanggal bersama hemorrhoid disebabkan necrosis tisu akibat slough

-schlorotherapy
suntika agen sclerosing sekeliling vena hemorrhoid
memberi kesan inflamasi yang menjadikan vena thrombosis dan fibrosis
meninggalkan parut padsa canal

-cryosurgery
hemorrhoid dibekukan
pembekuan tisu necrosis dan sloughing

-laser surgery
rawatan cara terkini
membakar hemorrhoid guna laser
sakit sedikit dan pendarahan minima

-hemorrhoidectomy
vena dipotong dan dibiarkan tanpa jahitan atau luka dijahit -cepat, sakit, granulasi

Komplikasi
-pendarahan/haemorrhage
-anaemia
-bowel incontinence
-prolape hemorroid
-strangulation


Read more...

Dr Asri - Usahlah Bersedih Kerana Allah Bersama Dgn Kita


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan kegembiraan
namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti sebenar-benarnya


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
segala orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi menyumbang tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lena ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada yang tidur di pondok buruk
kadang2 dia lebih lena berbanding kita
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..







Kata hamka lihatlah bagaimana Allah membahgi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalu orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!

Tida siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
dia tidak akan ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Tuan tuan tengoklah dunia ini.
kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
macam dia hilang segala-galanya

Berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?

Cuba ingat!
Ketika kita kena kepritan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
kita kata, "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan

Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini
ketika kita kata "ya, Allah tolong lah aku, aku susah ya Allah"

Hari ini pun boleh kita telah lupa akan perkataan itu

Dan kita kadang lupa untuk bersyukur
di atas ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripanaya
orang2 beritahu kepada mereka
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"
"nun orang nak ambil tindakan kepada hang"
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"

Kata Allah iman dia tambah
bahkan Dia kata, "pasal apalah Allah benci aku? apalah dosa aku?"
tidak! tidak!

Kata Quran iman mereka bertambah
mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Pengalaman sering mematangkan kita

Siapa yang tidak melauinya tidak akan memahami maksudnya
orang2 yang pernah hidup dan bertawakal
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal

Bila hati insan bulat kepada ya Rabb
"Ya Allah aku serahkan urusan ini padamu ya Allah"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat......


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat dia merasa dunia ini kecil kehidupan ini sangat luas


Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim
Allah bawa pada hari akhirat,

Manusia yang paling derita dalam dunia ini

Allah ambil dia
Allah masukkan dia ke dalam syurga
dia dimasukkan ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan
lalu ditanyanya

"Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
dia kata." tak, aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"

Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini

Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia.....

"Pernakhkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
dia kata. "tak, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
dengan hanya satu celupan sahaja ke dalam neraka..
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
suatu nikmat yang besar

Satu hamba Allah
yang patah kakinya...yang dia tidak pernah
dulu barangkali teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
tapi apabila satu hari dia sakit kaki

Dia kata "ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmaat sihat

Kata hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"

Yang kita ada ini harapan kita
tapi insan
bukan salah unrtuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini....

Sebab itu sebahagian daripada para sarjana menyebut...
syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar
ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila dia susah nak kata apa? "sabar je la, nak buat apa"

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan

Syukur di atas nikmat

"Ya Allah apa sahaja ya g aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripa sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engau wahai tuhan
bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran"

Subhanallah

Insan jika dia nak bersyukuer pada Allah tak terdaya..
jika kamu hendak menghitung bikmat Allah. kamu tak mampu

Tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan kasa masyaAlah hidup ini


Apa yang Allah kurniakan pada kita
lebih dari harapan sebenarnya

Kalu tuan tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini

MasyaAllah
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Pesanan nabi buat ummatnya

Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan abu bakar
yakni nabi dan abu bakar
keika mereka berada di dalam gua
ketika dia berkata kepada sahabatnya

"JANGAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!"


Read more...

Friday, March 25, 2011

pelajar dan pengurusan wad....

Ape yang nak disimpulkan? pandai-pandai je.... haha.. apa yang da lurus tak perlu disimpulkan la..... tapi ni nerz nak crite pasal seminggu yang nerz lalui.... arini hari jumaat... penghujung hari ke permulaan hari? hari jumaat ni kate orang penghujung hari sebab kiamat pon pada hari jumaat tibe tibe plak kelua pasal kiamat hihi...tapi permulaan pun jumaat jugak la sebab belum kiamat lagi ni.

Jadi nerz mulakan hari dengan bismillah untuk permulaan minggu baru dan alhamdulillah bagi berakhirnya minggu lepas.. kirenya nak buat kesimpulan untuk berakhirnya jumaat yang lepas la ni ye.



Seminggu sudah berlalu untuk nerz hadapi managment tinggal lagi seminggu sebab kita kene management untuk 2 minggu... management ni semua jururawat pelatih sem 5 wajib hadapi sebelum qualified.. habis sem ni tinggal lagi 1 sem.... maknenye lebih kurang 9 bulan lagi nerz akan bergelar jururawat pelatih sebab sekarang ni pun dah penghujung bulan march.. maknenye..... banyak pulak maknenye ye... hahah... insyaAllah boleh kerja dalam bulan february atau march neext year.... dalam tak sabar ada juga rasa takut sebab zaman sekarang banyak cabaran dan rakyat malaysia jugak makin celik dengan perkembangan isu semasa termasuklah berkait dengan kesihatan....kalu kita wat salah brani la tanggung... huhu takoooooot..

Dalam management ni jururawat pelatih kene uruskan semua pengurusan dan prosedur yang perlu dijalankan keatas pesakit mengikut syif yang ditetapkan.. nerz kene management di wad surgical lelaki... kalu pesakit tu kene jalani pembedahan kene la sediakan semuanya.. kalau takde operation pon kene jugak wat kerja-kerja lain yang berkait dengan proses penyakit dan pesakit tu la...kalau ada pesakit yang baru masuk wad kene la buat admission tapi kalu ada pesakit balik kene la buat discaj... dari awal sampi la akhir, sampai habis syif kerja...

Mase nerz dok menguruskan semua ni, ada jugak jururawat terlatih (staffnurse) yang tolong buatkan dan ajarkan sebabkan kita pun masuk dengan blur for this first week ... belajar dari situ lah..Alhamdulilah setakat ni kat wad nurse management ni semua staffnurse wad baik2 dan boleh diterima la..... dorang memang best.. kena pulak wad ni tak busy sangat....... pesakit tak ramai walupun ada admissoin ad jugak yang discaj....yang penting dorang treat macam nak belajar bukan nak mengarah saje2 je...sebab biasenye orang mengarah ni sebab dorang sendirik pon tak mo buat keje dorang, disebabkan ada student keja sendiri pon suroh orang buatkan..
padahal studen datang bukan nak kerja semata- mata tapi sebab nak belajar dan tolong mereka je...

Nerz ada la dengar cerita pasal sesetengah kawan-kawan nerz bercerita tempat dorang kene management tu semua benda kene buat sendiri kena tinggal dalam ward pandai-pandai la handle... kesian kawan-kawan nerz tu... baru nak belajar pun takde orang nak bantu.. dah la main ngan nyawa orang.. kesian... nasib nerz memang baik la kali ni dapat ward okey staff pulak banyak bantu... . sampaikan ada la kawan-kawan nerz menangis di tempat tu jugak sebab tak tahan .... dah la baru nak belajar dah kene macam-macam.. tapi kalau time2 macam ni kawan-kawan yang ada la kene tolong....semangat setiakawan dan kerjasama tu penting.. sape da siap kerja kene tolong yang belum siap kerja.. allah kan maha adil someday bila kita susah insyaAllah akan ada orang lain pulakakan toliong kita kalu kita tolong orang,...tyme kita buntu macam i jugak kita boleh kenal yang mana kawan n yang mana lawan..

Dalam pada dok sibuk ngan management, minggu ni jugak diadakan mid sem exam. adat la jadi pelajar ni kene jawab exam.... 2 hari je ad 5 paper semuanya...tapi nerz kureng setuju la sebab exam ada mase minggu exam ni.. bagi la minggu yang tak de management baru la nak study pon mase tu ada... ini kalu management syif abis kol 9 kene balik lambat maklum la kita kene pass report pasal pesakit jadi, confirm abis kerja lewat pastu kalau balik lambat jadi makin lewat la sampai ostel.. nak study pon tak larat sebab da letih keje . .. ...huh memang nerz x boleh jawab ritu.... tunggu je la resultnye....huhu

Elaun buku plak masuk skali ngan alaun bulanan..... banyak la jugak dapat kali ni.. yeay.... tapi jadi sedeh plak sebab exam tak boleh jawab tapi dapat duit.. huhu..

Minggu lepas jugak borang senarai tempat posting sudah dikeluarkan dan nerz masih berfikir ke mana hala tuju untuk 1st posting nanti...... ikut hati nak dok dekat je ngan family tapi kalau kene jauh pun nerz tak kisah boleh tambah pengalaman di te mpat orang.. kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman.. tapi pengalaman ni boleh dicari walau dimana pun kita berada.. mak nerz pulak tak bagi pegi jauh...kalau amek terengganu kawan kate terengganu tak amek freshee. kalu dapat sabah sarawak kan best.... susah kalu ada pe2 katenye....setakat ni selangor memnag first list... pilihan pulak kene buat mengikut negeri... kalau pilih selangor antara tempatnye klang..nerz tak mo pegi klang busy sangat... nerz nak sungai buloh.. tapi sungai buloh pulak waklaupun banyak kemajuan kat situ bayak kes2 teruk macam kusta, hiv pon kumpol sane... tak de pilihan la kalu camni..... mane nak pegi ye? kalu boleh wat sepital sendirik da lame nerz wat sebelah umah je.... masih dalam kekompiusan....

Ni lah yang berlaku pada minggu ni ... huhu


Read more...

Thursday, March 24, 2011

money=duit=pitis=wang=ongkos=sen

Duit seringgit telah brtemu dngn lima puluh ringgit dan bertanya: "SaLam, Lama tak nmpak, mne ko pergi?"

Lima puLuh menjawab: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk boLa, naik STAR Cruise, pegi KK naik AirAsia, Lepak One Utama, konsert AF, menTor.. Tempat2 cam tuh Lah. Eh, ko camner Lak?"

Duit singgit menjawab perLahan seraya ...menunduk: "Hmm..biasa Lah.. BaLik-baLik tempat yg sama SURAU,MASJID,SURAU,MASJID!


Read more...

Bicara kita......

Sehari- hari kita menjalani kehidupan dan tak lepas dari melakukan kesalahan...



Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz




Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2


Wassalam. ...

Read more...

Wednesday, March 23, 2011

Busana Muslimah

Bagaimana busana muslimah ini didefinisikan?


Islam agama yang tidak mengira bangsa dan keturunan kerana islam sebenarnya tidak memiliki jenis busana tersendiri... Apa sahaja pakaian daripada baju kurung, ceongsam, sari, jubah, atau kot boleh sahaja dikenakan oleh orang Islam asalkan pakaian itu mengikut atau diubahsuai berdasarkan kod etika pakaian Islam..


Antaranya pakaian itu menutup seluruh bahagian anggota yang diperintahkan syarak, pakaian longgar, tidak berkain jarang, pakaian yang melambangkan kemegahan, tidak menyerupai pakaiana orang kafir, pakaiana berkenaan bukan objektif perhiasan (tabarruj) dan tidak menyebabkan pembaziran.


Bagaimana pakaian kita? Bagaimana pemikiran kita berkenaan fesyen zaman sekarang? Adakan sekadar menutup aurat atau sekadar membungkus aurat?.....


Nerz sendiri pun kadang-kadang pakai pakaian mengikut peredaran zaman dan kadang-kadang terikut-ikut dengan fesyen zaman sekarang. Namun fesyen zaman sekarang lebih kepada membungkus berbanding menutup.... tapi nerz tak suke kalu pakai tudung yang tak tutup bahagian dada.... Pendapat orang lain nerz memang tak amek kira tapi kalau nak dibandingkan apa yang dituntut itulah yang seharusnya menjadi ikutan pada setiap muslimah yang peka dengan kehendak Islam sebenarnya...


Masalah ini berlaku kerana ramai orang yang tidak berilmu, malas dan tidak mahu mencari ilmu... yang mencari ilmu sekadar memenuhi keperluan pekerjaan bukanlah menjuruskan juga kepada ilmu-ilmu agama yang memberi panduan tentang cara dan etika  berpakaian mengikut yang sepatutnya. Hal ini sepautunya disedari supaya pakaian yang direka tidak keterlaluan nampak sumbang di mata serta tidak janggal di tubuh...


Read more...

Monday, March 21, 2011

Andainya..



Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.. 

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda..

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya..

 Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Read more...

Friday, March 18, 2011

CALCULI / UROLITHIASIS

Keadaan dimana pembentukan batu karang (calculi) di trek urinari. Boleh terjadi dimana-mana sahaja dalam sistem urinari.

  • Nephrolithiasis-pembentukan calculi di parenchyma ginjal
  • Uroterolithiasis -pembentukan calculi di ureter.




Faktor-faktor pembentukan calculi:
  • Dehidrasi / inadequate fluid intake-keadaan urin yang asidik atau alkali menyebabkan kadar larutan bahan-bahan dalam urin menurun.
  • Urinary stasis (penakungan urin) atau obstruction
  • Konsentrasi urin yang tinggi seperti calcium dan urate
  • Kurang bahan-bahan inhibitor untuk citrate dan phosphate

Batu karang / calculi terbentuk daripada:
  • Kalsium
  • Fosfat
  • Oxalate
  • Uric acid (hasil metabolisma urin)
  • Struvite (magnesium, ammonium dan fosfat) disebabkan oleh urea bakteria staphylococcus.
  • Cystine crystal (disebabkan oleh renal tubular defect)

Patofisiologi urolithiasis: 
  • Keadaan yang menyebabkan pergerakan urin kurang atau tersekat.
  • Mekanisma sebenar pembentukan calculi tidak diketahui. hasil mendapan beberapa bahan penapisan sistem urinari menyebabkan kejadian kristal, yang membentuk jadi batu (calculi) di ginjal.
  • Calculi yang terbentuk dimana-mana trek urinari dan mungkin menyekat aliran urin (urin stasis)
  • Akibat sekatan aliran urin, reflux urin ke ginjal berlaku dan menyebabkan hydronephrosis. ini menimbulkan kesesakan dalam ginjal dan mengganggu fungsi ginjal.
  • Pergerakan calculi di sepanjang ureter menyebabkan sakit dan boleh menyebabkan renjatan.

Insiden:
  • Mengikut kajian, renal calculi berlaku dikalangan wanita 5% dan lelaki 10 %.
  • Saiz calculi berbeza-beza dari halus seperti pasir, serpihan batu atau batu yang terbentuk di renal dikenali staghorn calculi (tanduk rusa)


Jenis-jenis urolithiasis:
  1. Kalkuli calcium oxalate
  • Sifat kalkuli ini radio legap, keras bentuknya tidak teratur dan tajam. biasanya tun ggal dan berwarna hitam. kalkuli ini boleh menyebabkan pendarahan.
    2.  Kalkuli fosfat
  • Terdiri dari campuramn kalsium, ammonium dan magnesium fosfat. kalkuli ini kelihatan seperti tanduk rusa biasanya berlaku dikedua-dua ginjal akibat infeksi urin menjadi lebih alkali dan mendapan fosfat senang berlaku.. mudah pecah.
    3. kalkuli metabolik
    • hasil metabolisma protin adalah asid urik dan urate yang membentuk kalkuli uric asid / urate. kalkuli ini keras, licin dan tidak dapat dilihat dengan sinar x-ray.
        4. Cystic stone
    • Kalkuli ini lembut, berwarna kuning dan licin.


    Sebab-sebab renal urolithiasis:
    1. Idiopathic
    2. Immobilisasi berpanjangan
    • Pesakit yang cedera dan tidak boleh berjalan 
    • Orang yang tidak berdaya-orang tua dan lumpuh
    • Menyebabkan kalsium diserap dari tulang ke dalam darah mengakibatkan hiperkalsemia. Pengambilan cecair yang kurang dengan mendapan kalsium akan membentuk ketulan kalsium dan akhirnya menjadi batu.
         3. Masalah kesihatan / penyakit
    • Hyperparathyroidism
    • TB tulang-dicalcification menyebabkan paras kalsium tinggi dalam darah
    • Vitamin D intoxication
    • Renal tubular acidosis. (Keadaan ini menyebabkan pengumpulan kalsium tinggi dalam darah)

         4. Faktor keluarga
    • Genetik- masalah metabolisme cyctine
         5. Infeksi
    • Infeksi menyebabkan urin menjadi alkali sesuai untuk mendapan fosfat.
         6. Dehidrasi
    • Kurang air dalam tubuh menyebabkan urin pekat dan menggalakkan mendapan bahan hasil metabolisma akhirnya membentuk kalkuli.


    Manifestasi klinikal urolithiasis:
    1. Kesakitan bergantung pada kedudukan batu
    • Tenderness di kawasan loin, abdomen an pelvis
    • Sakit yang 'dull' jika batu besar (dull aching pain)
    • Sakit yang eruk, datang tiba-tiba jika batu kecil turun ke ureter dikenali sebagai uretic colic.
    • Renal colic- sakit yang memulas di bahagian ginjal disebabakan kekejangan otot.
    • Watak kesakitan- sakit teruk bermula dari loin ke abdomen ke iliac fossa, menurun ke selapeha (groin) dan ke bahagian genitalia
    • Kesakitan ini disebabkan oleh kekejangan dan anoxia pada dinding ureter akibat tekanan dan geseran.
         2. Keadaan urin
    • Hematuria (urin berdarah)- disebabkan pergeseran diantara kalkuli dan dinding ureter menyebabkan trauma pada dinding urothelial dan pendarahan berlaku dimana boleh dilihat dengan kehadiran darah dalam urin.
    • Pyuria (nanah) jika tedapat infeksi
         3. Keadaan am
    • Restlass -akibat sakit yang berulang-ulang
    • Mual dan muntah
    • Berpeluh
    • Kulit sejuk melekit
    • Pucat
          4. Tanda tanda vital
    • Tachycardia 
    • Hypertension akibat sakit kuat, kemudain hypotension akibat enjatan neurogenik
    • Pernafasan cetek dan cepat
    • Suhu tinggi akibat infeksi

    Penyiasatan urilithiasis:

          1.Pemeriksaan radiologikal
    • Ultrasound kidney
    • X-ray KUB (kidney, ureters, bladder)
    • Intravenous pylogram-menentukan kehadiran kalkuli dalam sistem urinari
    • Retrograde pylogram
         2. Pemeriksaan urin
    • Mikroskopik - dalam sel darah merah dan sel cast 
    • Culture and Sensitivity-kehadiran mikro organism
    • 24 jam urin untuk kesan kalkuli
         3. Pemeriksaan darah
    • BUSE
    • Serum uric asid, kalsium, fosfat.

    Komplikasi urilithiasis:
    1. Hydronehrosis 
    2. Hydroureter
    3. Pylonephritis
    4. Renal failure

    Jenis-jenis pembedahan:
    1. Candela laser therapy-direkabentuk untuk memecahkan batu (kalkuli) yang berada di bahagian bawah ureter. laser probe dimasukkan melalui uteroskop kemudian sejenis probe flexible berukuran 2.4mm dijangkandapat mengurangkan kecederaan pada ureter.
    2. Percutaneous ultrasonic lithotripsy-insisi dibuat keatas kidney sebesar 1/4 ke 1/2 inci. endoskop dimasukkan melalui insisi yang telah dibuat bersama snare basket untuk mengutip kalkuli.jika kalkuli dapat dikeluarkan ultrasonic lithotripsy digunakan untuk menghancurkan batu kemudian dikutipoleh baskett extractor atau forcep. x-ray dibuat un tuk memastikan semua batu semua batu dikeluarkan.. kebaikan cara ini adalah insisi kecil dan pesakit tidak tinggal lama di hospital dan komplokasi jarang berlaku
    3. Pembedahan terbuak- dilakukan jika saiz kalkuli lebih 5mm.

    Pembedahan yang dilakukan:
    1. Pyelolithotomy-mengeluarkan kalkuli melalui pembedahan yang dibuat pada pelvis dan kidney.
    2. Nephrolithotomy-mengeluarkan kalkuli melalui ginjal
    3. Partial nephrectomy-mengeluarkan separuh ginjal
    4. Nephrectomy-membedah keluar seluruh ginjal.
    5. nephrolithotomy-n

    Read more...

    Thursday, March 17, 2011

    saya jururawat prihatin.....

    Sekarang ni nerz nak crite pasal apa yang berlaku di wad petang tadi dan semua ni berlanjutan sampai la syif nerz abis lebey kurang pukol 9 tadi..

    Ada la sorang patien nerz collaps tapi nerz dok sibok la ngan semua patiens2 lain  ngan problemnya.... jadi nerz serahkan la semuanye yang berlaku kat pesakit tu ngan tindakan doktor je... bila keadaan pesakit da stabil gitu lebih kurang kul 3.30 petang nerz amek alih la acara 'membegging' pesakit tu..

    Nerz dapat tau dari staff nurse yang lain kate boleh pulak family dia ni buat lagu tu? buat lagumana? ade ke family sendiri tengah nazak berperang ngan maut tu dorang buleh lagi dalam keadaan senyum2 pastu singgah katil sebelah makan2 dulu.... alahai akak nak makan pun biar la kena caranya..... kalu ada dikalangan family kita tengah kritikal tak stabil macamtu nak ke kita sengeh2 pastu makan2 macam tu? nak ke? ... sedeh nerz tengok pesakit tu....tak kena cara la macam tu kak.... baca-bacakan la yaasin yang ada tu, banyak surah yaasin yang ada kad wad tu disediakan.... free je pon... x payah bayar...

    Sambil nerz dok membegging pesakit tu makin ramai la relatives dia yang sampai... malangnya dalam 10 orang yang datang 2 orang je yang datang baca yaasin kat kepala pesakit tu.... nerz nak cakap banyak pon karang mengguris hati dan perasaan orang pulak...... sampaikan nerz terpaksa jugak bersuara n cakap " kak kalau kita bercakap dengan dia, dia boleh dengar ni" .. tapi dorang ni macam tak paham2 je maknenye  disitu... nerz nk dorang bercakap ngan pesakit tu,... paling kurang suroh la pakcik mengucap ke... cakap Allahuakbar ke.. ini setakat berkata 'ya' baik TAKPAYAH....

    Kalau perempuan bagi alasan period  boleh dirterima lagi ada ke budak tu kate dia belum mandi .... mandi wajib tu bukan alasan cik adik ooi..... itu helah...abis tu tak semayang ke cik adik ooi? aik ni masuk bab menyibok pasal dalam kain orang pulak ni.....tapi tu la kan...haih. nak marah ni nak marah.....

    Yang lelaki pulak ad la sorang dikalangan relatives dia yang baca yaasin tu.... pastu dia je sorang yang lain sekadar menjenguk..... kesian.... sepanjang nerz membegging ati nerz ni makin geram tengok keadaan pesakit tu... kalu pesakit tu boleh bersuara agaknya apa la kate dia? plis la  jangn buat macam tu kalau ada dikalangan ahli keluarga kita yang da nazak macam  tu....


    Memang la semua benda ni takde kaitannya dengan nerz .. nerz sekadar nerz je pon..cuma bantu rawat..tetapi kita sebagai manusia kena la peka dengan suasana sekeliling yang berlaku lebih-lebih lagi saudara sendiri... nampak happy pulak family dia tu gamaknya pesakit tu ada banyak harat nak tinggal kat dorang kot... aih bertambah pulak dosa nerz ni cakap macam tu... 

    Esok2 bila kita dah sakit nak ke kita jadi macam tu? dengan takde sesiapa nak membisikkan kata2 semangat... macam dah tak lama nak tinggalkan dunia tapi takde sesiapa yang nak mengingatkan kita ... seingat nerz dulu pernah dengar ceramah agama ustaz cakap tyme2 nak meninggal tu la banyak syaitan dok hasut kita jangan mengucap...... adnya saudara la yang tolong mengingatkan apa yang patot..

    begitu lah alkisahnya petang tadi........ semoga kita tidak leka ngan apa yang berlaku di sekeliling...

    Read more...

    Monday, March 14, 2011

    Penat


    WAAAAAAGH. .... semalam dah la kerja divided (8am-5pm) balik bilik je kene angkut barang sebab kena pindah bilik.... konon ada orang nak tumpang bangunan ni jadi bagi memberi keselesaan pada orang yang menumpang dan ditumpang maka kena la pindah... wagh letih keja tu... kalu duduk2 je takpe la ni berdiri je sepanjang ari.... 


     
    huh legaaaaaaa.... nasib baek ada benda ni.... bole kurangkan beban... walllaaa dalam ni semua buku2

    second round

      UBcayang dok dalam plastik....UB stand for ulat bulu hihi

    belum susun lagi.....



    camane lak kalu da abis blaja ni...... nak angkut barabg2 ni.... jangan patah spinal cord sudaaa........ amin nak g kemas lagi ....

    Read more...

    Saturday, March 12, 2011

    RINDU

    Nerz rindu siapa? rindu nak menulis di blog ni la... nak rindu siapa lagi dah kita orang single... da sminggu nerz tak jenguk sini.. dah bedebu siap ada habuk asap2 lagi..... terhyperbola pulak... maklumla nerz balik bercuti kat kampung.. line kat kampung tak clear asyik buffer je...ni pon esok ada esemn nak kene hantar... adush. banyak pulak keje esok nerz kerja pagi... so nerz kene berundur dulu nanti nerz cerita panjang pasal cuti nerz seminggu yang ada macam2 variasi yerk.. k as salam..

    Read more...

    Friday, March 4, 2011

    JUMAAT

    Working on friday....... Not in my mind......

    Sedari dari tidur, nerz gosok uniform untuk dipakai semasa bekerja... nerz dengar suara seseorang berkata-kata namun nerz tak paham.. bunyi macam ada orang mengigau jerk.... bila dipandang roomate di sebelah kiri, dia sedang nyenyak masih dibuai mimpi... bila dipandang ke hadapan.. dua orang roomate yang lain dengan wajah yang pelik bertanye ...kenape ko iron uniform? rini kan juamat.... dengan senyuman nerz menjawab 'aku kan keje rini'..

    Ya Allah rase tak tertanggung je.. tapi sepanjang 'mengironing' tu nerz tersenyum je sedangkan orang yang sedang tidur pon bile terbangun dari tidur bertanye soalan tu apatah lagi nerz ni... bukan keinginan nerz nak kerja hari jumaat apakan daya semuanye suda ter'hukum'... orang lain semua da dibenarkan balik kampung cuti mid sem bermula hari ni.. huhuhuu waaaaaaaa.. nak balik kampung gak...

    Cube jugak ikhlaskan hati agar tidak berlaku sebarang kesulitan.... al maklumlah kita bermain dengan orang sakit dan bernyawa ni.. bukan senang menjaga emosi dan perasaan orang yang sedang sakit.. bukan setakat menjaga perasaan silap langkah nyawa orang tergadai..

    Dalam ward, nerz cuba sedaya ubaya untuk melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan sehabis baik, namun setibaya di ward sister dan jururawat terkezut.... 'kenapa ada pelatih ari jumaat?' apa yang termampu kami jawab ialah... 'ni kan kami kene ganti'..

    Sewaktu 'bed making', nerz tak berpuas hati betul rakan kerja yang lambat bertindak.. terus muka masam.... nerz x ske kalu orang wat keja slow2 nih..  macamane nak wat kerja ngan ikhlas kalu muka dah masam.. kawan nerz yang lain lak tegur 'jangan masam2 pagi buta nih, tertutup pintu rezeki'... huhu

    Takpe nerz cuba lagi berwajah 'manis'....

    Lepas da siap routine ward bed making 'tukar cadar' n vital sign observation, nerz amek giliran makan lambat sebab saje nak klua bli makanna sendiri. mase makan, nerz rehat lambat mase tu masih ada jururawat klinikal (jururawat yang memantau studen wat keje) kat dalam pantry.. shes so gud... nasib kite same la.. kene keje ari jumaat..

    Pastu g antar machine SPO2 n BP ke bilik MRI (magnetic resonance imaging) sebab doktor nak pantau patiens ward kat situ.. hahahha gelak je tengok doktor tersenggok2 tertidur atas kerusi... baru je lepas cakap ngan nerz tiba2 trus doktor tu tetido.. hahhaa

    On the way nak balik ke ward nampak rakan sekerja nak g indent ubat kat farmasi... jom r dia ajak kite da memang malas nak dok dalam ward mengikut la skali.. da dalam ward pon takde keje... sementara dok tunggu staffnurse amek ubat DDA, nerz dudok kejap.. bole plak tetido atas kerusi tu.. wallla tadi gelak kat doktor skarang da kene batang idong sendirik.... memang berbaloi.. DDA ni macam ubat yang termaktud dalam akta la... drug yang jenis camane nak cakap r......argh google la sendirik.... hahaha.. nak amek ubat ni kene catat segala... banyak prosedur sikit....

    Abis je syif keje pkol 2.. ada plak pakcik sorang ni BO (bowel open)... dalam bahasa biase is known as 'berak'... cuci la dia dulu.. dia x berak pon act.. tukar pampers je.. saje je dorang ni wat gimik... balik lambat lagi. huhu.

    Sebelum balik pegi ward 8.. huhu study case belum settle. nak setle kan lagi sikit yang x siap.. tapi makcik kepunyaan penyakit yang diambil ni da discharge plak.. nasib baik la dia punye BHT ada lagik.. BHT stand for...ala ape ye.. ermp... ticket patien la... semua maklumat pasal pesakit n penyakit ada tercatat dalam tu termasuk la semua plan2 doktor n nurses...

    Bila balik ke bilik, semua orang da takde, semua da balik kampung tinggal la nerz sorang2 dalam bilik...pastu check phone banyak plak misscall n mesej... mesej yati cakap dia nak kenalkan nerz ngan sepupu dia.. jawapannye bia la dulu.. kurang berminat lagi... mesej kakak kate bak 'ayah' terseliuh kaki, mesej dari kawan lame  mintak npone number kakak nerz... ooh mungkin dia nak g melawat adik nerz kat hopital terengganu dia nak tanye duduk wad mane kot... last week dia eksiden.. nerz belum berpeluang pon nak tengok dia.. misscall dari mak n misscall dari kakak.... pastu call balik n tyme cakap nagan akak dia kate nak balik ganu malam sok sakali nagn abang sulong n famly sebab nak tengok adik n ayah.. bestnye jumpa dorang lagi

    Petang lapas solat bersiap nk g pasar siti nak bli ole2 wat balik dodol kelantan ke ganu...pastu makan mee mamak kat warung order ais kosong.. waaaaaa. dalam air ada bangkai nyamuk.. rase maacam nak muntah jerk.... sabo je la......

    Balik bilik jumpa ngan warden / penyelia asrama dia cakap warden awak suroh kunci gate x mo bagi awak semua merayap.. nerz da naik angin ...wat the halnye..dah la terkurung kat sini orang balik kampung kita kene keje plak. nerz cakap terus.. puan..ingat kami ni pelacur ke nk klua x balik2 da malam 2 cini.. aduyai susahnye orang kalu x faham ni... ingat kite ni jaat sangat ke...... yang syoknye penyelia tu pon x sokong ngan sikap warden tu... aih anak dia kene tangkap khalwat x de plak dia nak amek tindakan.... tension sungguh ngan sikap orang berpangkat nih..... macam dia bagus sssssangat... geram neh... huahua....

    jadi hari adalah hari jumaat yang.......................... macam-macam ada....





    GELAGAT KAMI BILA BOLEH BALIK KAMPUNG.....

    Read more...

    edcoustic-muhasabah cinta+lyrics


    muhasabah cinta

    Wahai pemilik nyawaku
    Betapa lemah diriku ini
    Berat ujian dari-Mu
    Ku pasrahkan semua pada-Mu

    Tuhan baru ku sadar
    Indah nikmat sehat itu
    Tak pandai aku bersyukur
    Kini ku harapkan cinta-Mu

    Kata-kata cinta terucap indah
    Mengalir berzikir di kidung doaku
    Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
    Butir-butir cinta air mataku
    Teringat semua yang Kau beri untukku
    Ampuni khilaf dan salah selama ini
    Ya Illahi muhasabah cintaku

    Tuhan kuatkan aku
    Lindungiku dari putus asa
    Jika ku harus mati
    Pertemukan aku dengan-Mu



    Read more...

    Thursday, March 3, 2011

    surat perempuan untuk bakal suami2

     LALING OH LALING=)

    ...............................................................................................................................

    Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

    Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)
    Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

    Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
    Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.

    So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

    Oh laling,
    Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!

    Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

    Oh laling,
    Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.

    Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….

    Oh laling,
    Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!

    Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia?

    Oh Laling,
    Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.

    Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

    Dan laling,
    Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

    Laling,
    kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….

    Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!

    Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.

    Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^
    :: ok tak camnie? hehe ::


    Read more...