Wednesday, January 26, 2011

MeNtAL


Apa itu kesihatan mental?
Seseorang yang boleh menyesuaikan diri dengan suasana sosial sekeliling dengan jayanya, tenteram ke satu tahap kepuasan diri & dapat menghadapi konflik diri dengan berkesan mengikut norma-norma masyarakat..



Kesihatan mental yang positif ialah..

Keadaan keseimbangan taraf kesihatan fizikal, mental dan sosial yang dialami oleh seseorang untuk mencapai kepuasan, kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.

Kesihatan mental yang positif dapat membantu individu untuk menyesuaikan diri supaya boleh menerima dan mengatasi apa sahaja konflik atau peristiwa berkaitan dengan kehidupan seharian serta untuk menggerakkan daya pemikiran  untuk memahami kebolehan dan kelemahan diri sendiri..

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif:

1.     Mengenali diri sendiri.
Ø  Sedar atau fahamtentng kelakuan diri sendiri atau memahami perubahan dalam hidupnya.

2.     Boleh menerima dan mengekspresikan perasaan
Ø  Boleh menerima orang lain serta bertukar fikiran dengan orang lain...
Ø  Mengekalkan hubungan mesra serta sensitif terhadap keperluan dan perasaan orang lain..

3.     Boleh mencapai kepuasan atas kehendak badan secara langsung atau tidak langsung.
Ø  Boleh melakukan segala fungsi badan dengan sempurna tanpa terlalu khuatir keatasnya.
Ø  Serta mendapat nikmat dan faedah dari perkara-perkara yang boleh memberi kepuasan atau tidak melibatkan diri hingga keterlaluan.
Ø  Dapat mengatasi konflik emosi dengan sempurna..

4.     Boleh menggunakn bakat kemahiran untuk mencapi kepuasan realistic
Ø  Melakukan sesuatu sepadan dengan kebolehan.
Ø  Tidak meletakkan cita-cita teramat tinggi atau jauh dari kebolehannya.

5.     Mempunyai self-esteem
Ø  Self-esteem adalah pandangan dan perasaan tentang kebolehan diri sendiri.
Ø  Jadi seseorang yang dapat menyesuaikan diri, tidak merendah diri dan merasa kebolehannya serupa dengan orang lain apabila menghadapi apa jua keadaan.

          6.     Tidak menjadi tegang dan sensitive
Ø  Seseorang yang kurang menyesuaikan diri sentiasa berasa khuatir, tegang dan sensitif.
  
          7.     Rasa selamat
Ø  Merasa ia diterima oleh semua pihak.
Ø  Merasa selesa semasa pergaulan boleh ketawa dan senyum dengan bebas tetapi boleh jadi garang pada keadaan tertentu..
Ø  Tidak merasa tersekat untuk mengemukakan pendapat dalam kumpulan.


Seseorang disifatkan sebagai NORMAL (sihat mental) apabila mempunyai kebolehan mematuhi & menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelakuan yang boleh diterima masyarakat.



PENYAKIT MENTAL ialah kelakuan yang digambarkan sebagai aneh & berbeza. Simtom yang dialami individu yang menunjukkan gangguan dalam pemikiran dan perasaan serta tingkahlaku yang membawa kepada ketidakseimbangan kesihatan.



Read more...

Thursday, January 20, 2011

BiLa mIsI NaK JaDi PeLuKiS..MaKa iNI LaH hAsIlNyE

Assalamaualaikum w.b.t.

Macam biaselah arini g kelas dengan subjek yang membosankan.. MENTAL.. Diajar oleh cikgu mental dan semua students bertukar jugak jadi mental.... 

Kalau ikutkan hati nak je klua kelas.. balik tido kat bilik lagi best.. kelas pulak padat, kami dah jadi macam ikan sardin.. penuh satu tin......dengan lampu yang malap bagi memberi peluang kepada slide untuk cerah n terang. 

Jadi untuk menghilangkan kebosanan macam2 gaya la kite boleh saksikan dalam kelas yang berisi 112 student nurse ni.. Nak tau ape yang kami buat? saye macam biase la.... sambil lecturer berleter... saye termenung mengingati si dia yang jauh... siapa si dia tu? hahahah rahsia... lame betul tak dengar khabar dia.. ntah kat mane la dia sekarang..sihat x? huhu.. miss him so much.. sambil2 termenung ternampak la si izzaidah tengah syok2 menconteng kertas, ape lagi bodek la dia untuk tulis kat saye skali.. then siap la.. ini hasilnye.



Pastu nampak la yang lain pon syok melukis... so mintak la nak tengok... ini hasil kreativiti yang lain.. hihi


hasil ayu


act.. dis is mine but touched up by lia..



ini hasil dini kot..


ini syarahuda punyer


syarahuda jugak...ntah ape yang dia merepek.. huhu


ini hawa punyer... apasal gamba ni cini?


ini saye punyer hahahahha... kan bes kalu bole masak.. sempat lagi wat resepi...hihi


ini kerja aini.. malasnye nak wat hot dog... tp kawan punyer pasal tak tau la ni


hahahahah.. masih ad yang boleh totally concentrate... huhu taniah2 kepada kundow... masih memegang pen n paper note...

Inilah akibatnye kalau hati kat lain... mata kat lain n otak pon kat lain.. 

LAIN YANG DIAJAR LAIN YANG DIBELAJAR... hahahha

sekian wassalamun... sampai disini je untuk harini... 


Read more...

Monday, January 17, 2011

X AdE PeRasAaN


Assalamualaikum..

Sempat lagi ye saya menyelit walupun da agak lewat malam... 
Pagi pulak ada kelas full 8-5 everyday... jadual yang betul2 pack untuk 2 bulan pertama setiap semester...


Macam biase la tugas belajar ini agak besar bagi pelajar.. bila dah kerja pulak jadi masalah bagi pekerja dalam pekerjaan yang dilakukan... huhu seharian dalam kelas tak bermkna semua input boleh masuk dalam otak.... melainkan golongan yang betul2 ikhlas nak belajar dan bekerja..

Adakah ini bermakna kita x ikhlas nak belajar dan tak ikhlas jugak nak bekerja? memang la semua orang mengaku yang dia ikhlas dalam xtvt yang dia buat tapi memang sukar nak menghayati sesuatu perkara yang dilakukan sehingga semua perkara tu ikhlas dan betul2 menjadi mengikut apa yang telah dirancang..huhu



Bukan senang tau betul2 nak concentrate dalam sesuatu kerja...Contohnye bila dalam kelas teringat kerja2 lain atau masalah2 lain yang belum settle.. maklumla manusia biase ni tak lepas dari sebrang masalah yang dihadapi cume kita perlu bijak menghadapi sebarang konflik dan tahu cara penyelesaiannya..

Macamane ye orang yang betul2 boleh cincentrate ni? saye pon tak tau sebab saye sendiri mengalami masalah susah nak concentate dan susah nak catch up dalam study... bila kerja pulak biasenye blurr je.. tp blurr dalam ward terjadi untuk hari pertam je.. bile da kerja 2nd n 3rd day da boleh handle n wat semua prosedur sendiri walaupun dalam keadaan yang takut-takut..


Terasa lambat pulak nak kerja kat ward.. saba jela lagi sebulan bole la kerja kat ward... huhu.. tak boleh jugak x sabar nak pergi ward nanti bila dah sampai tyme kerja timbul pulak masalah kat sana..

yang penting jangan menrungut atau cepat melatah.. cube belajar berfikir tentang sesuatu yang dilalui dengan +ve.. itu dah cukup untuk melengkapkan hari dan memenuhi hari2 yang dihadapi

okey..... rasenye da cukup dahulu sampai disini untuk hari ini... 
sekian sahaja...

assalamualaikum




Read more...

We ArE ThE FiNaL YeAr sTuDeNtS....


assalamualaikum... 
ini n3 saye yang baru je saye belajar buat... senang je pon bagi orang lain.. but really2 hard 4 me.. dis is new 4 me then terus je compose...nanti esok2 kalau ada mase nak terus belajar lagi...insyaAllah bile betul2 ad free tyme .. a bit addicted about blog..



Kenape fahana 'tonyoh' kepala sye.. takpe2.. sebab semua happy je kalau boleh bergambar......


posing la c-kit


double peace
atas rak buku pon jadi....




sesi saling mendakap



yeehaaaa... happy

Read more...

Saturday, January 15, 2011

tensiooooon.....

Dari petang tadi tension sebab arini dah masok ari ke-3 wat blog tapi tak tau ape pon nak ditambah...... nak suroh kawan ajr takot nyusahkan dia pulak.. adush...betol2 x reti langsong ni....slow2 la yea..

Read more...

Thursday, January 13, 2011

my 1st apperance

aini helping me... n im done
Read more...