Friday, March 18, 2011

CALCULI / UROLITHIASIS

Keadaan dimana pembentukan batu karang (calculi) di trek urinari. Boleh terjadi dimana-mana sahaja dalam sistem urinari.

  • Nephrolithiasis-pembentukan calculi di parenchyma ginjal
  • Uroterolithiasis -pembentukan calculi di ureter.




Faktor-faktor pembentukan calculi:
  • Dehidrasi / inadequate fluid intake-keadaan urin yang asidik atau alkali menyebabkan kadar larutan bahan-bahan dalam urin menurun.
  • Urinary stasis (penakungan urin) atau obstruction
  • Konsentrasi urin yang tinggi seperti calcium dan urate
  • Kurang bahan-bahan inhibitor untuk citrate dan phosphate

Batu karang / calculi terbentuk daripada:
  • Kalsium
  • Fosfat
  • Oxalate
  • Uric acid (hasil metabolisma urin)
  • Struvite (magnesium, ammonium dan fosfat) disebabkan oleh urea bakteria staphylococcus.
  • Cystine crystal (disebabkan oleh renal tubular defect)

Patofisiologi urolithiasis: 
  • Keadaan yang menyebabkan pergerakan urin kurang atau tersekat.
  • Mekanisma sebenar pembentukan calculi tidak diketahui. hasil mendapan beberapa bahan penapisan sistem urinari menyebabkan kejadian kristal, yang membentuk jadi batu (calculi) di ginjal.
  • Calculi yang terbentuk dimana-mana trek urinari dan mungkin menyekat aliran urin (urin stasis)
  • Akibat sekatan aliran urin, reflux urin ke ginjal berlaku dan menyebabkan hydronephrosis. ini menimbulkan kesesakan dalam ginjal dan mengganggu fungsi ginjal.
  • Pergerakan calculi di sepanjang ureter menyebabkan sakit dan boleh menyebabkan renjatan.

Insiden:
  • Mengikut kajian, renal calculi berlaku dikalangan wanita 5% dan lelaki 10 %.
  • Saiz calculi berbeza-beza dari halus seperti pasir, serpihan batu atau batu yang terbentuk di renal dikenali staghorn calculi (tanduk rusa)


Jenis-jenis urolithiasis:
  1. Kalkuli calcium oxalate
  • Sifat kalkuli ini radio legap, keras bentuknya tidak teratur dan tajam. biasanya tun ggal dan berwarna hitam. kalkuli ini boleh menyebabkan pendarahan.
    2.  Kalkuli fosfat
  • Terdiri dari campuramn kalsium, ammonium dan magnesium fosfat. kalkuli ini kelihatan seperti tanduk rusa biasanya berlaku dikedua-dua ginjal akibat infeksi urin menjadi lebih alkali dan mendapan fosfat senang berlaku.. mudah pecah.
    3. kalkuli metabolik
    • hasil metabolisma protin adalah asid urik dan urate yang membentuk kalkuli uric asid / urate. kalkuli ini keras, licin dan tidak dapat dilihat dengan sinar x-ray.
        4. Cystic stone
    • Kalkuli ini lembut, berwarna kuning dan licin.


    Sebab-sebab renal urolithiasis:
    1. Idiopathic
    2. Immobilisasi berpanjangan
    • Pesakit yang cedera dan tidak boleh berjalan 
    • Orang yang tidak berdaya-orang tua dan lumpuh
    • Menyebabkan kalsium diserap dari tulang ke dalam darah mengakibatkan hiperkalsemia. Pengambilan cecair yang kurang dengan mendapan kalsium akan membentuk ketulan kalsium dan akhirnya menjadi batu.
         3. Masalah kesihatan / penyakit
    • Hyperparathyroidism
    • TB tulang-dicalcification menyebabkan paras kalsium tinggi dalam darah
    • Vitamin D intoxication
    • Renal tubular acidosis. (Keadaan ini menyebabkan pengumpulan kalsium tinggi dalam darah)

         4. Faktor keluarga
    • Genetik- masalah metabolisme cyctine
         5. Infeksi
    • Infeksi menyebabkan urin menjadi alkali sesuai untuk mendapan fosfat.
         6. Dehidrasi
    • Kurang air dalam tubuh menyebabkan urin pekat dan menggalakkan mendapan bahan hasil metabolisma akhirnya membentuk kalkuli.


    Manifestasi klinikal urolithiasis:
    1. Kesakitan bergantung pada kedudukan batu
    • Tenderness di kawasan loin, abdomen an pelvis
    • Sakit yang 'dull' jika batu besar (dull aching pain)
    • Sakit yang eruk, datang tiba-tiba jika batu kecil turun ke ureter dikenali sebagai uretic colic.
    • Renal colic- sakit yang memulas di bahagian ginjal disebabakan kekejangan otot.
    • Watak kesakitan- sakit teruk bermula dari loin ke abdomen ke iliac fossa, menurun ke selapeha (groin) dan ke bahagian genitalia
    • Kesakitan ini disebabkan oleh kekejangan dan anoxia pada dinding ureter akibat tekanan dan geseran.
         2. Keadaan urin
    • Hematuria (urin berdarah)- disebabkan pergeseran diantara kalkuli dan dinding ureter menyebabkan trauma pada dinding urothelial dan pendarahan berlaku dimana boleh dilihat dengan kehadiran darah dalam urin.
    • Pyuria (nanah) jika tedapat infeksi
         3. Keadaan am
    • Restlass -akibat sakit yang berulang-ulang
    • Mual dan muntah
    • Berpeluh
    • Kulit sejuk melekit
    • Pucat
          4. Tanda tanda vital
    • Tachycardia 
    • Hypertension akibat sakit kuat, kemudain hypotension akibat enjatan neurogenik
    • Pernafasan cetek dan cepat
    • Suhu tinggi akibat infeksi

    Penyiasatan urilithiasis:

          1.Pemeriksaan radiologikal
    • Ultrasound kidney
    • X-ray KUB (kidney, ureters, bladder)
    • Intravenous pylogram-menentukan kehadiran kalkuli dalam sistem urinari
    • Retrograde pylogram
         2. Pemeriksaan urin
    • Mikroskopik - dalam sel darah merah dan sel cast 
    • Culture and Sensitivity-kehadiran mikro organism
    • 24 jam urin untuk kesan kalkuli
         3. Pemeriksaan darah
    • BUSE
    • Serum uric asid, kalsium, fosfat.

    Komplikasi urilithiasis:
    1. Hydronehrosis 
    2. Hydroureter
    3. Pylonephritis
    4. Renal failure

    Jenis-jenis pembedahan:
    1. Candela laser therapy-direkabentuk untuk memecahkan batu (kalkuli) yang berada di bahagian bawah ureter. laser probe dimasukkan melalui uteroskop kemudian sejenis probe flexible berukuran 2.4mm dijangkandapat mengurangkan kecederaan pada ureter.
    2. Percutaneous ultrasonic lithotripsy-insisi dibuat keatas kidney sebesar 1/4 ke 1/2 inci. endoskop dimasukkan melalui insisi yang telah dibuat bersama snare basket untuk mengutip kalkuli.jika kalkuli dapat dikeluarkan ultrasonic lithotripsy digunakan untuk menghancurkan batu kemudian dikutipoleh baskett extractor atau forcep. x-ray dibuat un tuk memastikan semua batu semua batu dikeluarkan.. kebaikan cara ini adalah insisi kecil dan pesakit tidak tinggal lama di hospital dan komplokasi jarang berlaku
    3. Pembedahan terbuak- dilakukan jika saiz kalkuli lebih 5mm.

    Pembedahan yang dilakukan:
    1. Pyelolithotomy-mengeluarkan kalkuli melalui pembedahan yang dibuat pada pelvis dan kidney.
    2. Nephrolithotomy-mengeluarkan kalkuli melalui ginjal
    3. Partial nephrectomy-mengeluarkan separuh ginjal
    4. Nephrectomy-membedah keluar seluruh ginjal.
    5. nephrolithotomy-n

    4 comments:

    1. tiba2 nak tanya soalan yang takder kene mengena dengan yang atas..

      kalo buang air besar sekali dengan darah yang cair, bahaya tak? itu dipanggil buasir ker?

      ReplyDelete
    2. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    3. buasir (haemorrhoid) biasanya fresh blood... nanti nerz cerita pasal haemorrhoid yang nerz belajar special edition utk cute mum....

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete