Wednesday, March 2, 2011
Sunday, February 27, 2011
KEWAJIPAN
Setiap muslim mempunyai kewajipan menyebarkan agama Islam mengikut kemampuan setiap individu. Bagi yang mampu boleh berdakwah melalui ilmu, harta benda dan tenaga.
LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB....
Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setelah menerima wahyu kedua, baginda mula melaksanakan dakwah, menyebarkan Islam kepada seluruh penduduk Mekah. Ketika baginda mendapat wahyu supaya berdakwah secara terbuka, baginda naik ke puncak gunung Safa dan berseru kepada kaum Quraisy supaya berkumpul, maka datanglah beramai-ramai berkumpul di lereng gunung Safa. Setelah itu baginda berkata: "Bagaimanakah sekiranya jika aku khabarkan kepada kamu bahawa musuh akan menyerang pada pagi hari atau petang hari, apakah kamu akan membenarkanku?"
"Belum pernah kami mngetahui kamu berdusta", jawab mereka serentak..
"Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang teruk."
Abu Lahab sangat mendengar perkataan baginda itu, lalu dia berkata dengan tegas, "Celaka engkau Muhammad, adakah hanya kerana ini engkau mengumpulkan kami disini?"
Akhirnya, orang-orang Quraisy bersuara sambil marah-marah kepada baginda. Tetapi baginda menerima dengan sabar dan tetap menyebarkan dakwah Islam kepada kaumnya yang masih dapat diharapkan memeluk Islam
Ternyata usaha baginda tidak sia-sia. Sedikit demi sedkit penduduk Quraisy menyedari tentang kebenaran Islam. Bermula daripada isteri baginda Khadijah diikuti oleh para sahabat antaranya Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi yang memeluk Islam.....
Read more...

BATASAN
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah"
Read more...
IKUTAN.....
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."
Read more...
PETUA....
Dari Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia mennghubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)"
Read more...
AMALAN MEMBACA AL QURAN
Dari Abu Musa ra katanya, nabi Muhammad SAW bersabda: "Selalu selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya"
Read more...
Subscribe to:
Posts (Atom)