Sunday, March 27, 2011

Kepentingan menjaga solat

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang  (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesunggguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.

Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : "Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?"

demikianlah keadaanya yang lain.......



Read more...

Saturday, March 26, 2011

hemorrhoid @ buasir

Definisi:
Terdapat pengembangan vena vericose atau mass vascular di bahagian bawah rectum / anorectal akibat kesesakan di varices plexus veian....

Etiologi:
-sembelit yang kronik
-tekanan tinggi akibat kehamilan
-tabiat suka meneran semasa membuang najis-menyebabkan kelemahan tonus otot di levator ani dan mengakibatkan ganguan peristalsisdan expulsive power
-angkaT berat
-berdiri lama
-kurang hormon progesteron
-fibroid dan ovarian cyst- tekanan pada vena rectum dan anus




Jennis-jenis hemorrhoid

1)external hemorrhoid
-melibatkan bahagian inferior hemorrhoidal plexus di bahagian bawah mucocutaneous junction
-pendarahan jarang berlaku
-iritasi pada anal dan terasa seperti ada tekanan
-apabila ia membesar, hemorrhoid akan prolapse melalui anus

11)internal hemorrhoid
-berlaku akibat dari kurang valves dalam veins di superior hemorrhoidal plexus
-melibatkan bahagian venous plexus di atas mucotaneous function di anus
-tidak menyakitkan tetapi pendarahan berlaku
-darah merah terang dan tidak bercapur najis
-pendarahan tidak tetap, kadang-kadang sikit, kadang-kadang banyak
-boleh menyebabkan anaemia

Manifestasi klinikal
-tidak puas semasa membuang najis
-pendarahan semasa memnbuang najis
-kesakitan semasa membuang najis dan selepas pembuanagan najis disebbkan vena yang membengkan dan kongesi darah

1)manifestasi klinikal external hemorrhoid
-mass kebiruan menonjiol di anus
-sakit rectl yang mengejut disebabkan thrombosis venous

11)manifestasi klinikal internal hemorrhoid
-pendarahan disebabkan rupture vein fresh blood terdapat pada faecal
-pendarahan lebih menyebabkan anaemia-
-prolapse hemorrhoid, prolapse teruk menyebabkan strangulation oleh otot-otot spincter luar dubur menyebabkan ganggere vena
-sembelit menyebabkan pesakit takut untuk membuanga
-anus priuritis-akibat hemorrhoid yang thrombosis dan terdapat keluaran disxcaj
-pesakit memberitahu sejarah prolapse berlaku di anus

Surgical treatment

-ligation with rubber banding
jenis internal haemorrhoid
mencerut selama 8-10 hari dan tertanggal bersama hemorrhoid disebabkan necrosis tisu akibat slough

-schlorotherapy
suntika agen sclerosing sekeliling vena hemorrhoid
memberi kesan inflamasi yang menjadikan vena thrombosis dan fibrosis
meninggalkan parut padsa canal

-cryosurgery
hemorrhoid dibekukan
pembekuan tisu necrosis dan sloughing

-laser surgery
rawatan cara terkini
membakar hemorrhoid guna laser
sakit sedikit dan pendarahan minima

-hemorrhoidectomy
vena dipotong dan dibiarkan tanpa jahitan atau luka dijahit -cepat, sakit, granulasi

Komplikasi
-pendarahan/haemorrhage
-anaemia
-bowel incontinence
-prolape hemorroid
-strangulation


Read more...

Dr Asri - Usahlah Bersedih Kerana Allah Bersama Dgn Kita


Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan kegembiraan
namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti sebenar-benarnya


Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
segala orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi menyumbang tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lena ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada yang tidur di pondok buruk
kadang2 dia lebih lena berbanding kita
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..







Kata hamka lihatlah bagaimana Allah membahgi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalu orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!

Tida siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT

Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
dia tidak akan ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Tuan tuan tengoklah dunia ini.
kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
macam dia hilang segala-galanya

Berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?

Cuba ingat!
Ketika kita kena kepritan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
kita kata, "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan

Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini
ketika kita kata "ya, Allah tolong lah aku, aku susah ya Allah"

Hari ini pun boleh kita telah lupa akan perkataan itu

Dan kita kadang lupa untuk bersyukur
di atas ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripanaya
orang2 beritahu kepada mereka
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"
"nun orang nak ambil tindakan kepada hang"
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"

Kata Allah iman dia tambah
bahkan Dia kata, "pasal apalah Allah benci aku? apalah dosa aku?"
tidak! tidak!

Kata Quran iman mereka bertambah
mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"

Pengalaman sering mematangkan kita

Siapa yang tidak melauinya tidak akan memahami maksudnya
orang2 yang pernah hidup dan bertawakal
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal

Bila hati insan bulat kepada ya Rabb
"Ya Allah aku serahkan urusan ini padamu ya Allah"

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat......


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat dia merasa dunia ini kecil kehidupan ini sangat luas


Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim
Allah bawa pada hari akhirat,

Manusia yang paling derita dalam dunia ini

Allah ambil dia
Allah masukkan dia ke dalam syurga
dia dimasukkan ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan
lalu ditanyanya

"Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
dia kata." tak, aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"

Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini

Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia.....

"Pernakhkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
dia kata. "tak, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
dengan hanya satu celupan sahaja ke dalam neraka..
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya

Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
suatu nikmat yang besar

Satu hamba Allah
yang patah kakinya...yang dia tidak pernah
dulu barangkali teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
tapi apabila satu hari dia sakit kaki

Dia kata "ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmaat sihat

Kata hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"

Yang kita ada ini harapan kita
tapi insan
bukan salah unrtuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada!

Bersyukurlah wahai diri ini....

Sebab itu sebahagian daripada para sarjana menyebut...
syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar
ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila dia susah nak kata apa? "sabar je la, nak buat apa"

Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan

Syukur di atas nikmat

"Ya Allah apa sahaja ya g aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripa sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engau wahai tuhan
bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran"

Subhanallah

Insan jika dia nak bersyukuer pada Allah tak terdaya..
jika kamu hendak menghitung bikmat Allah. kamu tak mampu

Tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan kasa masyaAlah hidup ini


Apa yang Allah kurniakan pada kita
lebih dari harapan sebenarnya

Kalu tuan tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini

MasyaAllah
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Pesanan nabi buat ummatnya

Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan abu bakar
yakni nabi dan abu bakar
keika mereka berada di dalam gua
ketika dia berkata kepada sahabatnya

"JANGAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!"


Read more...

Friday, March 25, 2011

pelajar dan pengurusan wad....

Ape yang nak disimpulkan? pandai-pandai je.... haha.. apa yang da lurus tak perlu disimpulkan la..... tapi ni nerz nak crite pasal seminggu yang nerz lalui.... arini hari jumaat... penghujung hari ke permulaan hari? hari jumaat ni kate orang penghujung hari sebab kiamat pon pada hari jumaat tibe tibe plak kelua pasal kiamat hihi...tapi permulaan pun jumaat jugak la sebab belum kiamat lagi ni.

Jadi nerz mulakan hari dengan bismillah untuk permulaan minggu baru dan alhamdulillah bagi berakhirnya minggu lepas.. kirenya nak buat kesimpulan untuk berakhirnya jumaat yang lepas la ni ye.



Seminggu sudah berlalu untuk nerz hadapi managment tinggal lagi seminggu sebab kita kene management untuk 2 minggu... management ni semua jururawat pelatih sem 5 wajib hadapi sebelum qualified.. habis sem ni tinggal lagi 1 sem.... maknenye lebih kurang 9 bulan lagi nerz akan bergelar jururawat pelatih sebab sekarang ni pun dah penghujung bulan march.. maknenye..... banyak pulak maknenye ye... hahah... insyaAllah boleh kerja dalam bulan february atau march neext year.... dalam tak sabar ada juga rasa takut sebab zaman sekarang banyak cabaran dan rakyat malaysia jugak makin celik dengan perkembangan isu semasa termasuklah berkait dengan kesihatan....kalu kita wat salah brani la tanggung... huhu takoooooot..

Dalam management ni jururawat pelatih kene uruskan semua pengurusan dan prosedur yang perlu dijalankan keatas pesakit mengikut syif yang ditetapkan.. nerz kene management di wad surgical lelaki... kalu pesakit tu kene jalani pembedahan kene la sediakan semuanya.. kalau takde operation pon kene jugak wat kerja-kerja lain yang berkait dengan proses penyakit dan pesakit tu la...kalau ada pesakit yang baru masuk wad kene la buat admission tapi kalu ada pesakit balik kene la buat discaj... dari awal sampi la akhir, sampai habis syif kerja...

Mase nerz dok menguruskan semua ni, ada jugak jururawat terlatih (staffnurse) yang tolong buatkan dan ajarkan sebabkan kita pun masuk dengan blur for this first week ... belajar dari situ lah..Alhamdulilah setakat ni kat wad nurse management ni semua staffnurse wad baik2 dan boleh diterima la..... dorang memang best.. kena pulak wad ni tak busy sangat....... pesakit tak ramai walupun ada admissoin ad jugak yang discaj....yang penting dorang treat macam nak belajar bukan nak mengarah saje2 je...sebab biasenye orang mengarah ni sebab dorang sendirik pon tak mo buat keje dorang, disebabkan ada student keja sendiri pon suroh orang buatkan..
padahal studen datang bukan nak kerja semata- mata tapi sebab nak belajar dan tolong mereka je...

Nerz ada la dengar cerita pasal sesetengah kawan-kawan nerz bercerita tempat dorang kene management tu semua benda kene buat sendiri kena tinggal dalam ward pandai-pandai la handle... kesian kawan-kawan nerz tu... baru nak belajar pun takde orang nak bantu.. dah la main ngan nyawa orang.. kesian... nasib nerz memang baik la kali ni dapat ward okey staff pulak banyak bantu... . sampaikan ada la kawan-kawan nerz menangis di tempat tu jugak sebab tak tahan .... dah la baru nak belajar dah kene macam-macam.. tapi kalau time2 macam ni kawan-kawan yang ada la kene tolong....semangat setiakawan dan kerjasama tu penting.. sape da siap kerja kene tolong yang belum siap kerja.. allah kan maha adil someday bila kita susah insyaAllah akan ada orang lain pulakakan toliong kita kalu kita tolong orang,...tyme kita buntu macam i jugak kita boleh kenal yang mana kawan n yang mana lawan..

Dalam pada dok sibuk ngan management, minggu ni jugak diadakan mid sem exam. adat la jadi pelajar ni kene jawab exam.... 2 hari je ad 5 paper semuanya...tapi nerz kureng setuju la sebab exam ada mase minggu exam ni.. bagi la minggu yang tak de management baru la nak study pon mase tu ada... ini kalu management syif abis kol 9 kene balik lambat maklum la kita kene pass report pasal pesakit jadi, confirm abis kerja lewat pastu kalau balik lambat jadi makin lewat la sampai ostel.. nak study pon tak larat sebab da letih keje . .. ...huh memang nerz x boleh jawab ritu.... tunggu je la resultnye....huhu

Elaun buku plak masuk skali ngan alaun bulanan..... banyak la jugak dapat kali ni.. yeay.... tapi jadi sedeh plak sebab exam tak boleh jawab tapi dapat duit.. huhu..

Minggu lepas jugak borang senarai tempat posting sudah dikeluarkan dan nerz masih berfikir ke mana hala tuju untuk 1st posting nanti...... ikut hati nak dok dekat je ngan family tapi kalau kene jauh pun nerz tak kisah boleh tambah pengalaman di te mpat orang.. kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman.. tapi pengalaman ni boleh dicari walau dimana pun kita berada.. mak nerz pulak tak bagi pegi jauh...kalau amek terengganu kawan kate terengganu tak amek freshee. kalu dapat sabah sarawak kan best.... susah kalu ada pe2 katenye....setakat ni selangor memnag first list... pilihan pulak kene buat mengikut negeri... kalau pilih selangor antara tempatnye klang..nerz tak mo pegi klang busy sangat... nerz nak sungai buloh.. tapi sungai buloh pulak waklaupun banyak kemajuan kat situ bayak kes2 teruk macam kusta, hiv pon kumpol sane... tak de pilihan la kalu camni..... mane nak pegi ye? kalu boleh wat sepital sendirik da lame nerz wat sebelah umah je.... masih dalam kekompiusan....

Ni lah yang berlaku pada minggu ni ... huhu


Read more...

Thursday, March 24, 2011

money=duit=pitis=wang=ongkos=sen

Duit seringgit telah brtemu dngn lima puluh ringgit dan bertanya: "SaLam, Lama tak nmpak, mne ko pergi?"

Lima puLuh menjawab: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk boLa, naik STAR Cruise, pegi KK naik AirAsia, Lepak One Utama, konsert AF, menTor.. Tempat2 cam tuh Lah. Eh, ko camner Lak?"

Duit singgit menjawab perLahan seraya ...menunduk: "Hmm..biasa Lah.. BaLik-baLik tempat yg sama SURAU,MASJID,SURAU,MASJID!


Read more...

Bicara kita......

Sehari- hari kita menjalani kehidupan dan tak lepas dari melakukan kesalahan...



Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz




Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!


Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?


Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.


Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..


Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..

Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..


Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?


Manusia - aku telah berdosa..

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)


Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?


Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :

1... Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku..

2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)

3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2


Wassalam. ...

Read more...

Wednesday, March 23, 2011

Busana Muslimah

Bagaimana busana muslimah ini didefinisikan?


Islam agama yang tidak mengira bangsa dan keturunan kerana islam sebenarnya tidak memiliki jenis busana tersendiri... Apa sahaja pakaian daripada baju kurung, ceongsam, sari, jubah, atau kot boleh sahaja dikenakan oleh orang Islam asalkan pakaian itu mengikut atau diubahsuai berdasarkan kod etika pakaian Islam..


Antaranya pakaian itu menutup seluruh bahagian anggota yang diperintahkan syarak, pakaian longgar, tidak berkain jarang, pakaian yang melambangkan kemegahan, tidak menyerupai pakaiana orang kafir, pakaiana berkenaan bukan objektif perhiasan (tabarruj) dan tidak menyebabkan pembaziran.


Bagaimana pakaian kita? Bagaimana pemikiran kita berkenaan fesyen zaman sekarang? Adakan sekadar menutup aurat atau sekadar membungkus aurat?.....


Nerz sendiri pun kadang-kadang pakai pakaian mengikut peredaran zaman dan kadang-kadang terikut-ikut dengan fesyen zaman sekarang. Namun fesyen zaman sekarang lebih kepada membungkus berbanding menutup.... tapi nerz tak suke kalu pakai tudung yang tak tutup bahagian dada.... Pendapat orang lain nerz memang tak amek kira tapi kalau nak dibandingkan apa yang dituntut itulah yang seharusnya menjadi ikutan pada setiap muslimah yang peka dengan kehendak Islam sebenarnya...


Masalah ini berlaku kerana ramai orang yang tidak berilmu, malas dan tidak mahu mencari ilmu... yang mencari ilmu sekadar memenuhi keperluan pekerjaan bukanlah menjuruskan juga kepada ilmu-ilmu agama yang memberi panduan tentang cara dan etika  berpakaian mengikut yang sepatutnya. Hal ini sepautunya disedari supaya pakaian yang direka tidak keterlaluan nampak sumbang di mata serta tidak janggal di tubuh...


Read more...