Wednesday, January 26, 2011

MeNtAL


Apa itu kesihatan mental?
Seseorang yang boleh menyesuaikan diri dengan suasana sosial sekeliling dengan jayanya, tenteram ke satu tahap kepuasan diri & dapat menghadapi konflik diri dengan berkesan mengikut norma-norma masyarakat..



Kesihatan mental yang positif ialah..

Keadaan keseimbangan taraf kesihatan fizikal, mental dan sosial yang dialami oleh seseorang untuk mencapai kepuasan, kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.

Kesihatan mental yang positif dapat membantu individu untuk menyesuaikan diri supaya boleh menerima dan mengatasi apa sahaja konflik atau peristiwa berkaitan dengan kehidupan seharian serta untuk menggerakkan daya pemikiran  untuk memahami kebolehan dan kelemahan diri sendiri..

Ciri-ciri kesihatan mental yang positif:

1.     Mengenali diri sendiri.
Ø  Sedar atau fahamtentng kelakuan diri sendiri atau memahami perubahan dalam hidupnya.

2.     Boleh menerima dan mengekspresikan perasaan
Ø  Boleh menerima orang lain serta bertukar fikiran dengan orang lain...
Ø  Mengekalkan hubungan mesra serta sensitif terhadap keperluan dan perasaan orang lain..

3.     Boleh mencapai kepuasan atas kehendak badan secara langsung atau tidak langsung.
Ø  Boleh melakukan segala fungsi badan dengan sempurna tanpa terlalu khuatir keatasnya.
Ø  Serta mendapat nikmat dan faedah dari perkara-perkara yang boleh memberi kepuasan atau tidak melibatkan diri hingga keterlaluan.
Ø  Dapat mengatasi konflik emosi dengan sempurna..

4.     Boleh menggunakn bakat kemahiran untuk mencapi kepuasan realistic
Ø  Melakukan sesuatu sepadan dengan kebolehan.
Ø  Tidak meletakkan cita-cita teramat tinggi atau jauh dari kebolehannya.

5.     Mempunyai self-esteem
Ø  Self-esteem adalah pandangan dan perasaan tentang kebolehan diri sendiri.
Ø  Jadi seseorang yang dapat menyesuaikan diri, tidak merendah diri dan merasa kebolehannya serupa dengan orang lain apabila menghadapi apa jua keadaan.

          6.     Tidak menjadi tegang dan sensitive
Ø  Seseorang yang kurang menyesuaikan diri sentiasa berasa khuatir, tegang dan sensitif.
  
          7.     Rasa selamat
Ø  Merasa ia diterima oleh semua pihak.
Ø  Merasa selesa semasa pergaulan boleh ketawa dan senyum dengan bebas tetapi boleh jadi garang pada keadaan tertentu..
Ø  Tidak merasa tersekat untuk mengemukakan pendapat dalam kumpulan.


Seseorang disifatkan sebagai NORMAL (sihat mental) apabila mempunyai kebolehan mematuhi & menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelakuan yang boleh diterima masyarakat.



PENYAKIT MENTAL ialah kelakuan yang digambarkan sebagai aneh & berbeza. Simtom yang dialami individu yang menunjukkan gangguan dalam pemikiran dan perasaan serta tingkahlaku yang membawa kepada ketidakseimbangan kesihatan.


No comments:

Post a Comment