Wednesday, March 23, 2011

Busana Muslimah

Bagaimana busana muslimah ini didefinisikan?


Islam agama yang tidak mengira bangsa dan keturunan kerana islam sebenarnya tidak memiliki jenis busana tersendiri... Apa sahaja pakaian daripada baju kurung, ceongsam, sari, jubah, atau kot boleh sahaja dikenakan oleh orang Islam asalkan pakaian itu mengikut atau diubahsuai berdasarkan kod etika pakaian Islam..


Antaranya pakaian itu menutup seluruh bahagian anggota yang diperintahkan syarak, pakaian longgar, tidak berkain jarang, pakaian yang melambangkan kemegahan, tidak menyerupai pakaiana orang kafir, pakaiana berkenaan bukan objektif perhiasan (tabarruj) dan tidak menyebabkan pembaziran.


Bagaimana pakaian kita? Bagaimana pemikiran kita berkenaan fesyen zaman sekarang? Adakan sekadar menutup aurat atau sekadar membungkus aurat?.....


Nerz sendiri pun kadang-kadang pakai pakaian mengikut peredaran zaman dan kadang-kadang terikut-ikut dengan fesyen zaman sekarang. Namun fesyen zaman sekarang lebih kepada membungkus berbanding menutup.... tapi nerz tak suke kalu pakai tudung yang tak tutup bahagian dada.... Pendapat orang lain nerz memang tak amek kira tapi kalau nak dibandingkan apa yang dituntut itulah yang seharusnya menjadi ikutan pada setiap muslimah yang peka dengan kehendak Islam sebenarnya...


Masalah ini berlaku kerana ramai orang yang tidak berilmu, malas dan tidak mahu mencari ilmu... yang mencari ilmu sekadar memenuhi keperluan pekerjaan bukanlah menjuruskan juga kepada ilmu-ilmu agama yang memberi panduan tentang cara dan etika  berpakaian mengikut yang sepatutnya. Hal ini sepautunya disedari supaya pakaian yang direka tidak keterlaluan nampak sumbang di mata serta tidak janggal di tubuh...

No comments:

Post a Comment