Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri disini
merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan kegembiraan
namun kita masih tidak sedar tentang hakikat erti sebenar-benarnya
Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya
segala orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan
walaupun itu boleh menjadi menyumbang tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lena ataupun lenanya tidak nyenyak
bahkan ada yang tidur di pondok buruk
kadang2 dia lebih lena berbanding kita
ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..
Kata hamka lihatlah bagaimana Allah membahgi-bahagikan nikmat
semua orang sangka kalu orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
belum tentu!
Tida siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang...
dia tidak akan ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
apa yang orang rasa rugi
Allah akan memberikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mengwujudkan keajaiban dalam kehidupan
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah
Tuan tuan tengoklah dunia ini.
kadang-kadang manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
macam dia hilang segala-galanya
Berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena kepritan kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
kita kata, "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini
ketika kita kata "ya, Allah tolong lah aku, aku susah ya Allah"
Hari ini pun boleh kita telah lupa akan perkataan itu
Dan kita kadang lupa untuk bersyukur
di atas ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripanaya
orang2 beritahu kepada mereka
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"
"nun orang nak ambil tindakan kepada hang"
"nun orang ramai sedang berkumpul untuk mengambil tindakan kepada kau"
Kata Allah iman dia tambah
bahkan Dia kata, "pasal apalah Allah benci aku? apalah dosa aku?"
tidak! tidak!
Kata Quran iman mereka bertambah
mereka kata "cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan"
Pengalaman sering mematangkan kita
Siapa yang tidak melauinya tidak akan memahami maksudnya
orang2 yang pernah hidup dan bertawakal
Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal
Bila hati insan bulat kepada ya Rabb
"Ya Allah aku serahkan urusan ini padamu ya Allah"
Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat......
Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat dia merasa dunia ini kecil kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim
Allah bawa pada hari akhirat,
Manusia yang paling derita dalam dunia ini
Allah ambil dia
Allah masukkan dia ke dalam syurga
dia dimasukkan ke dalam syurga kemudian dia dikeluarkan
lalu ditanyanya
"Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
dia kata." tak, aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia.....
"Pernakhkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
dia kata. "tak, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
dengan hanya satu celupan sahaja ke dalam neraka..
manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya
Masihkan kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru...
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini...
suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya...yang dia tidak pernah
dulu barangkali teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata "ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik
dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmaat sihat
Kata hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
tapi insan
bukan salah unrtuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada!
Bersyukurlah wahai diri ini....
Sebab itu sebahagian daripada para sarjana menyebut...
syukur kadangkala lebih tinggi makamnya daripada sabar
ramai orang terpaksa sabar
tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
bila dia susah nak kata apa? "sabar je la, nak buat apa"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
Syukur di atas nikmat
"Ya Allah apa sahaja ya g aku alami daripada nikmatMu daripada kurniaan daripa sesiapa di kalangan hambaMu tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engau wahai tuhan
bagi engkaulah pujian, bagi engkaulah kesyukuran"
Subhanallah
Insan jika dia nak bersyukuer pada Allah tak terdaya..
jika kamu hendak menghitung bikmat Allah. kamu tak mampu
Tuan-tuan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan kasa masyaAlah hidup ini
Apa yang Allah kurniakan pada kita
lebih dari harapan sebenarnya
Kalu tuan tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan tuan ada pada hari ini
MasyaAllah
tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu
Pesanan nabi buat ummatnya
Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan abu bakar
yakni nabi dan abu bakar
keika mereka berada di dalam gua
ketika dia berkata kepada sahabatnya
"JANGAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA!"

Saturday, March 26, 2011
Dr Asri - Usahlah Bersedih Kerana Allah Bersama Dgn Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah dan salam perkenalan dari saya.. izinkan saya follow blog awak ek.. oleh itu, mai la singgah ke blog saya.. kalau suka follow ya.. thanks
ReplyDeletethanks follow cikgu jugak
ReplyDelete.......