Thursday, February 17, 2011


20  PERKARA  JANGAN



Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM , kita harus saling ingat mengingati antara satu sama lain. Semoga kita umat islam akan terus mengungguli dunia.....INSYA-ALLAH

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Kalau tertido lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki,takut kalau terbawa keluar najis , mengotori seluruh    rumah kita.

3. Jangan minum dan makan dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pingggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat.

6. Jangan makan tanpa baca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalana, nanti hati gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja, banyak buruk dari baiknya
.
11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesame manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesame rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita lalu hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila Berjaya.  Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.ALLAH lebih tahu apa yang yang terbaik untuk hamba ciptaanya.

No comments:

Post a Comment