Sunday, February 27, 2011

KEWAJIPAN

Setiap muslim mempunyai kewajipan menyebarkan agama Islam mengikut kemampuan setiap individu. Bagi yang mampu boleh berdakwah melalui ilmu, harta benda dan tenaga.


LAKSANAKAN  TANGGUNGJAWAB....


Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW setelah menerima wahyu kedua, baginda mula melaksanakan dakwah, menyebarkan Islam kepada seluruh penduduk Mekah. Ketika baginda mendapat wahyu supaya berdakwah secara terbuka, baginda naik ke puncak gunung Safa dan berseru kepada kaum Quraisy supaya berkumpul, maka datanglah beramai-ramai berkumpul di lereng gunung Safa. Setelah itu baginda berkata: "Bagaimanakah sekiranya jika aku khabarkan kepada kamu bahawa musuh akan menyerang pada pagi hari atau petang hari, apakah kamu akan membenarkanku?"


"Belum pernah kami mngetahui kamu berdusta", jawab mereka serentak..


"Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum menghadapi azab yang teruk."


Abu Lahab sangat mendengar perkataan baginda itu, lalu dia berkata dengan tegas, "Celaka engkau Muhammad, adakah hanya kerana ini engkau mengumpulkan kami disini?"


Akhirnya, orang-orang Quraisy bersuara sambil marah-marah kepada baginda. Tetapi baginda menerima dengan sabar dan tetap menyebarkan dakwah Islam kepada kaumnya yang masih dapat diharapkan memeluk Islam


Ternyata usaha baginda tidak sia-sia. Sedikit demi sedkit penduduk Quraisy menyedari tentang kebenaran Islam. Bermula daripada isteri baginda Khadijah diikuti oleh para sahabat antaranya Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harith, Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan ramai lagi yang memeluk Islam.....

No comments:

Post a Comment